Nasi butter, sup dan ayam goreng yang dijual di KFC memang nampak simple tetapi serba serbi cukup rasanya. Satu hidangan lengkap yang disukai oleh semua golongan. Jika anda teringin untuk menikmatinya, jom kita cuba buat sendiri di rumah mengikut resipi yang dikongsi oleh Syue Haida. Selamat mencuba!

RESIPI NASI BUTTER + AYAM GORENG + SUP ALA KFC

Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

 

BAHAN-BAHAN NASI BUTTER (Untuk 5 orang makan)

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus-halus)
  • 1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis-nipis)
  • 125g butter
  • Halia (ketuk biar pecah sikit)
  • 1 cawan freshmilk (apa-apa brand janji full cream)
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan kuali. Masukkan butter, tumis bawang putih. Kalau nak masukkan bawang merah, tumiskan sekali sampai naik bau.

2. Masukkan halia.

3. Masukkan fresh milk, kacau sekejap dalam 2 minit.

4. Masukkan beras yang dah dibasuh, selepas itu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.

5. Alihkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu tadi. Macam saya beras 4 cawan, air 4 cawan + 1 cawan susu. Masukkan sedikit garam dan masak seperti biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras yang anda guna. Sukat macam masak nasi biasa la, cuma air tu kena + dengan susu skali) sebab dah ada penggunaan susu so kena kurangkan la air.

IKLAN

Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

 

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG ALA KFC

  • 10 ketul ayam
  • 1 cawan tepung bestari original
  • 1 cawan tepung bestari spicy

Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

– Saya tak letak telur, tak letak tepung-tepung lain tapi macam ni pun dah memang sedap.
– Kalau ada anak bawah daripada 3 tahun, memang tak makan pedas better guna tepung original sahaja ya. Campuran tepung ni sesuai untuk dewasa sebab ayam akan rasa macam ayam KFC spicy.

Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

 

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung tadi. Masukkan dalam ayam, gaulkan sekali biarkan sebati. Perap ayam dengan tepung selama 2 jam. Nak lagi sedap perap lama lagi.

2. Dah siap perap, panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi. Gaulkan dengan tepung campuran tadi. Salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing. Goreng dengan api yang sederhana ya.

Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

 

BAHAN-BAHAN SUP CHICKEN MEATBALL

  • Leher/kaki ayam potong kecil-kecil
  • 10 biji chicken meatball
  • Daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Halia (ketuk)
  • Bawang putih
  • 3 cawan air
  • Garam secukupnya

 

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan halia dan leher/kaki ayam yang dah dipotong kecil-kecil, biarkan sekejap.

2. Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air. Biarkan sampai masak.

3. Masukkan garam dan daun sup.

Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

 

Jika anda mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: SYUE HAIDA

ANDA BOLEH JUGA CUBA RESIPI INI:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI