Senang je rupanya nak buat Udang Belon @ Udang Goreng Tepung ala Thai ni. Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai. Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita cuba. Pasti suami dan anak-anak puji. Macam menu dekat kedai makan.
RESIPI UDANG BELON ALA THAI PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Udang
- Tepung Naik Sendiri Blue Key
- Telur
- MAGGI® CukupRasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang, buang kulit udang dan biarkan bahagian ekor.
- Campur tepung, telur dan MAGGI® CukupRasa ke dalam mangkuk.
- Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Pastikan adunan boleh lekat elok dengan udang.
- Celup udang dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.
- Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.
PETUA: Untuk hasilkan udang belon yang cantik, boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang. Tak perlu belah belakang udang tu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayam Hijau VS Bayam Merah, Boleh Cuba Kerepek Bayam Sekali….
Jika selama ini anda gemar makan sayur bayam tetapi tidak tahu apa kandungan vitamin yang daun bayam berikan untuh tubuh badan kita, eloklah diambil tahu daun bayam mana yang sesuai di makan dan bila waktu yang sesuai.
Kandungan vitamin dan mineral dalam bayam baik untuk kesihatan mata dan mencegah kanser. Sayuran ini semakin popular dalam mencegah kekurangan zat besi atau anemia.
Bayam merupakan sumber kalsium, vitamin A, vitamin E dan juga vitamin C, zat besi, serat dan juga betakarotin. Selain itu bayam juga memiliki kandungan zat besi yang tinggi untuk mencegah anemia. Ada dua jenis bayam, bayam merah dan hijau. Manakah yang lebih bernutrisi?
Bayam merah dan bayam berwarna hijau sebenarnya sama-sama memiliki manfaat baik. Dalam 100 gr bayam hijau mengandung energi sebesar 16 Kkal, protein 0,9 gm, lemak 0,4 gr, karbohidrat 2,9 gr, kalsium 166 mg, serat 0,7 gr, zat besi 3,5 mg dan 41 mg vitamin C.
Sedangkan untuk 100gr bayam merah mengandung energi sebesar 41,2 kkal, 2,2 gr protein, 0,8 gr lemak, 6,3 gr karbohidrat, 520 mg kalsium, serat 2,2 gr, 7 mg zat besi dan 62 mg vitamin C.
Bayam elok di ambil ketika?
Jika tubuh sudah mulai terasa sering sakit kepala, mual, wajah terlihat pucat dan kuku juga terlihat pucat sebaiknya segera mengonsumsi bayam agar tubuh tetap kembali fit.
Remaja dan ibu hamil lebih berisiko terkena anemia, untuk itu sebaiknya rajinlah mengonsumsi bayam terutama bayam merah yang memiliki kandungan vitamin C dan zat besi yang lebih tinggi dibandingkan dengan bayam hijau.
Selain untuk cegah anemia, bayam juga dapat menghambat enzim angiotensin converting yang dapat membantu menurunkan tekanan darah. Sedangkan Zeaxanthin dan lutein sangat baik untuk menjaga kesihatan mata. Kandungan kalsium dalam bayam juga dapat mencegah reput tulang.
Sayuran sihat ini boleh diolah menjadi sup, tumisan atau omelet sayuran yang sihat untuk sarapan agar tubuh tak cepat penat saat melakukan aktiviti.
Sumber: food.detik.com
Ini dia variasi lain dari rempeyek, sejenis kudapan bersalut tepung. Kerepek Bayam namanya, daun Bayam memberi citarasa tersendiri pada makanan ini, dan tentunya terasa lebih lazat bagi penggemar bayam. Untuk sekali menggoreng, cukup 3-4 lembar daun bayam agar kembang sekata dan tidak melekat antara satu sama lain . Berikut adalah langkah demi langkah cara membuat kerepek Bayam, selamat mencuba!
RESIPI KEREPEK BAYAM
BAHAN-BAHAN:
- 100 helai daun bayam, pilih yang tebal dan lebar
- 200 ml santan dari 1/3 butir kelapa parut
- 150 gm tepung beras
- minyak goreng secukupnya
Bahan yang dikisar halus:
- 3 butir buah keras, sangrai
- 1/2 ruas jari kunyit bakar
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu teh ketumbar, sangrai
- 1 inci lengkuas
- garam halus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campur dan satukan tepung dan serbuk halus, kacau sambil tambahkan santan hingga tercampur rata dan menjadi adunan lembut.
2. Siapkan kuali, panaskan minyak cukup banyak dengan api sedang.
3. Celupkan daun bayam ke dalam adunan, lalu goreng hingga kedua sisinya berwarna perang.. Angkat dan toskan minyak.
4. Siap untuk dimakan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Niyah Abd Karim
Zara Zya Kongsi 2 Resipi Masakan Thai Sedap & Senarai Pemenang Minggu Kedua Saji-an Misteri.
Sajian bercita rasa Thailand sememangnya tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Kedudukan negara yang berjiran dan tinggal dalam rumpun yang sama menjadikan sajian negara Gajah Putih itu amat digemari ramai.
Sajian Tomyam Poktek antara salah satu hidangan Thai yang popular. Aroma rempah ratus yang dimasak, ditambah pula dengan kombinasi rasa pedas, masam dan berlemak menjadikan ia hidangan yang sangat sedap.
Bila bab manisan pula, tentunya sajian Pulut Mangga menjadi pilihan. Gabungan pulut yang lembut, hirisan mangga segar yang manis dan dinikmati bersama kuah santan lemak masin, menjadikan ia satu gabungan hidangan yang sempurna!
Jadi untuk Cabaran Saji-an Misteri minggu ketiga ini, giliran Zara Zya pula untuk menyahut cabaran memasak dua hidangan istimewa menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Seronok melihat aksi selebriti cantik manis ni di dapur. Handal masak rupanya. Pasti anda pun teruja nak cuba.
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk udang
- 1 mangkuk sotong – dibersihkan
- 1/2 mangkuk isi ikan kembung
- 2 biji tomato – belah 4
- 3 batang serai – diketuk
- 2 inci lengkuas – hiris
- 3 biji cili padi merah – diketuk
- Cendawan enoki
- 2 senduk Santan Kelapa SAJI
- Garam Gunung SAJI
- Gula Kasar SAJI
- 3 helai daun limau purut
- 3 biji limau nipis
- 1 biji bawang besar
- 5 akar ketumbar
- Daun ketumbar
- 1 kiub pati ikan bilis
- 1 liter air
- 4-5 sudu makan sos nampla (sos ikan)
CARA PENYEDIAAN:
1. Didihkan air dalam periuk. Letak akar ketumbar, serai, lengkuas, cili padi, daun limau purut, kiub pati ikan bilis dan sos nampla.
2. Kemudian masukkan udang, sotong dan isi ikan satu persatu.
3. Masukkan bawang besar dan tomato. Biar mendidih sekali lagi.
4. Masukkan cendawan.
5. Perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar SAJI. Kacau.
6. Masukkan Santan Kelapa SAJI.
7. Perah jus limau nipis.
8. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau dan angkat.
PULUT MANGGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk pulut yang telah dimasak
- 3 biji mangga
- 2 sudu makan bijan – disangai tanpa minyak untuk taburan
BAHAN KUAH SANTAN:
- 2 cawan Santan Kelapa SAJI
- 1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
- 2 helai daun pandan – carik & simpul
- Garam Gunung SAJI secukupnya (biar kuah agak masin)
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan Santan Kelapa SAJI dalam periuk dan masak guna api sederhana.
2. Masukkan Garam Gunung SAJI dan daun pandan.
3. Tambahkan Krimer Sejat Cair SAJI. Kacau.
4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Tuang dalam santan tadi. Sebatikan.
5. Bila kuah agak pekat, padamkan api dan hidangkan bersama pulut, buah mangga dan taburan bijan.
Pemenang Minggu Kedua
Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu kedua. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.
1. Mrs Kikin | @mrs_kikin
2. Rafael Remy | @rafaelremy
3. Kristy Wong | @kristygourmet
4. Christina Ho | @christinaho1988
5. Citarasa Faizura | @citarasa_faizura
Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada cabaran minggu hadapan. Mana tahu ada rezeki anda. Jangan berputus asa okay!
Masak, Kongsi & Menang!
Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.
Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet.
Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:
- Follow Instagram @majalahrasa @sajimalaysiaofficial
- Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
- Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.
Tonton video Saji-an Misteri Zara Zya disini:
Nak Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap? Begini Rupanya Cara Masak Betul
Masakan Mi Goreng antara yang juadah yang paling senang dan cepat untuk dihidangkan kepada keluarga. Kena pula dengan mi goreng basah yang menyelerakan, memang bertambahlah makannya. Tapi macam mana nak bagi mi goreng basah bertambah sedap? Jom kita buat ikut resipi dan tips masakan ni. Pasti puas hati.
CARA MUDAH MASAK MI GORENG BASAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi kuning
- Minyak untuk menumis
- 8 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang holland
- 2 sudu makan MAGGI® Sambal Tumis
- Lauk – ikut citarasa termasuklah ayam cincang/udang/daging/telur
- Sayur – sawi/tomato
BAHAN SOS & PERASA:
5 sudu makan MAGGI® Sos Cili
1 sudu makan MAGGI® Sos Tomato
2 sudu makan MAGGI® Sos Tiram
1sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
1sudu makan sos ikan
1/2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
1 sudu makan gula atau secukup rasa
½ sudu teh perasa (jika suka)
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bawang holland dan MAGGI® Sambal Tumis. Kacau rata.
- Masukkan lauk pauk. Tumis lagi. Letak sedikit air dan semua sos serta perasa. Kacau sebati.
- Udang masuk kemudian pun tak apa.
- Pecahkan telur dan masukkan mi. Kacau lagi sehingga semuanya bergaul rata.
- Masukkan sayur, kacau sebati. Siap!
PETUA NAK MI GORENG SEDAP:
- Guna sos-sos dengan mencukupi, jangan kedekut bahan.
- Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat!
- Bawang putih kena banyak, tumbuk kasar-kasar.
- Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mi. Ia lagi membangkitkan rasa.