Jom Buat Sendiri. Resipi Udang Belon Ala Thai Ini Hanya Guna 4 Bahan

Share

Senang je rupanya nak buat Udang Belon @ Udang Goreng Tepung ala Thai ni. Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai. Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita cuba. Pasti suami dan anak-anak puji. Macam menu dekat kedai makan.

 

RESIPI UDANG BELON ALA THAI PALING MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • Udang
  • Tepung Naik Sendiri Blue Key
  • Telur
  • MAGGI® CukupRasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang, buang kulit udang dan biarkan bahagian ekor.
  2. Campur tepung, telur dan MAGGI® CukupRasa ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Pastikan adunan boleh lekat elok dengan udang.
  4. Celup udang dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.
  5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

 

PETUA: Untuk hasilkan udang belon yang cantik, boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang. Tak perlu belah belakang udang tu.

Published by
Team Rasa