Badam adalah sejenis kekacang yang mempunyai banyak khasiat. Antaranya, badam boleh bantu lebih mengenyangkan. Maknanya kalau kita sedang cuba kawal berat badan, eloklah kalau kita minum susu badam. Lebih elok minum susu badam berbanding minum susu yang dijual di kedai.
Badam juga dikatakan membantu mencegah diabetes. Malah boleh bantu kawal kolesterol. Sangat menyihatkan, kan?
Jom kita cuba lihat resipi susu badam ni.
SUSU BADAM BERMADU
BAHAN-BAHAN
50 gram badam
1 mangkuk air (untuk merendam)
2 mangkuk kecil air mineral
3 sudu besar madu
10 biji badam (dipanggang)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan badam. Kemudian isikan air mineral sehingga tenggelam badam tersebut. Tutup mangkuk dan simpan semalaman. Boleh simpan pada suhu bilik mahupun dalam peti sejuk.
2. Selepas direndam, badam akan sedikit mengembang. Tapiskan. Basuh sedikit badam tadi.
3. Dalam mesin pengisar, masukkan badam yang telah direndam tadi. Masukkan air. Boleh tambahkan madu jika suka.
4. Kisar sehingga halus. Air tadi akan berubah menjadi warna putih susu.
5. Tapis gunakan penapis kain.
Ads
6. Perah hampasnya.
Hampas kacang badam jangan dibuang. Boleh guna untuk buat skrub muka atau badan.
7. Masukkan susu badam ke dalam botol atau cawan.
8. Boleh tambahkan badam yang telah dipanggang untuk menambah cita rasa.
Jom mengopi kopi latte ala kampung. Sekali minum gerenti ketagih.Air kopi ni sedap dihirup di awal pagi, aromanya yang sedap pasti memberi semangat untuk bekerja buat penggemar kopi.
Sedapnya teh ais pekat yang ada black pearl bubble homemade ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian saudari KuPot Amanz ni.
RESIPI BLACK BUBBLE PEARL
BAHAN-BAHAN:
Tepung ubi kayu
Serbuk kopi secukupnya – bergantung pada jumlah tepung yang anda guna
Air panas
Air gula – kena manis sebab nanti nak buat rebus pearl
CARA MEMBUAT:
Bancuh serbuk kopi dengan air panas secukupnya. Lebih gelap warna kopi, lebih gelaplah warna bubble pearl anda.
Masukkan bancuhan kopi ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat.
Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
Panaskan air gula dan rebus bubble pearl hingga terapung. Angkat.
Bolehlah dimasukkan ke dalam minuman kegemaran anda.
Untuk menyimpan lebihan bubble pearl, masukkan ke dalam bekas bersama dengan sedikit air gula. Simpan di dalam peti sejuk
Kalau panas-panas kalau dapat air sejuk, pegrhhh sedap sungguh, selalunya, penyelesaian terbaik kit selalu membei je airsejuk yang perlbagai jenis dijual, kalau nak sedap harga boleh tahan mahalnya, paling kurangpun RM5, Tapi kenapa perlu bazirkan duit hanya untuk puaskan tekak yang kehausan.Apa kata sesekali korag cuba buat sendiri di haaaaaari cuti ini.
.
AIR CINCAU TEMBIKAI SUSU BAHAN-BAHAN:
Tembikai susu secukupnya | parut kasar
Cincau secukupnya | potong dadu kecil
Nata decoco secukupnya
Biji selasih secukupnya | rendam dalam air
Air gula Melaka secukupnya
Susu pekat manis secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan gula Melaka dalam gelas, diikuti cincau, tembikai susu dan nata decoco.
Kemudian masukkan selasih dan sedikit air (jika perlu).
Seterusnya tuangkan susu pekat manis diatasnya.
Akhir sekali masukkan ais dan sedia dihidangkan.
Jika belum sedia dihidangkan, simpan dalam peti sejuk.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!