
Teh 3 layer ni memang ramai peminatnya. Rasanya sedap dan lemak-lemak manis dengan susu serta gula melaka. Nah, kami kongsikan resipinya supaya korang boleh buat sendiri di rumah.
TEH 3 LAYER
BAHAN-BAHAN
(resipi untuk 2 gelas)
• 3 ucang teh
• Sedikit air panas
• 3 keping gula melaka
• Ais
• 1/2 tin susu cair
CARA MEMBUAT
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika. Ketepikan.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
TIP
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat.
Resipi oleh Saliza Sabri dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Pisang Sedap & Mudah

Kek pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Kena cuba ni.
CARA MASAK KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- Secubit garam*
- Sedikit esen vanila
- 2 biji telur grade A
- 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
2. Ayak bahan-bahan bertanda (*) dan satukan dalam satu mangkuk.
3. Pukul telur sampai berbuih.
4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata. Masukkan esen vanila.
5. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
6. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (empunya resipi guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
7. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
8. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
9. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Jika anda mencari FOOD STEAMER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Kredit resipi & foto: Sabariah Sharif
Artikel menarik untuk anda:
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
Inspirasi Donut Alaf Baru…Cronut dan Bombolini , Hotel Armada PJ

Menu bakeri dan pastri dari Hotel Eastin KL kali ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
- 150ml susu segar
- 10gm yis kering
- 50gm mentega
- 35gm gula
- 350gm tepung roti
- 6gm garam
- 1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
- 100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache):
150gm coklat masakan
100gm krim putar
10gm mentega
CARA MEMASAK :
Membuat inti :
1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit
2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati
3. Masukkan mentega dan sebatikan
Membuat cronut :
1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh.
3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit.
4. Rehatkan selama sejam.
5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang.
6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat.
7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan.
8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika
9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut.
10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan
11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut
12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi.
13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant
Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef : Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung roti
- 110ml susu segar
- 1 biji telur
- 60gm mentega
- 35gm gula
- 15gm yis kering
- 2 gm garam
- 2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
- 100ml susu segar
- 1 biji kuning telur
- 20gm gula halus
- 9gm tepung jagung
- 1ml esen vanila
- 30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK :
Krim kastad :
1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana.
2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati.
3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati
4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat.
5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam.
6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk).
7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati.
8. Ketepikan
Bombolini:
1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh.
3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal.
4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan
5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan.
6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad.
7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut Itali
Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef : Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
Tip Masak Nasi Lemak Wangi Sekata, Boleh Buat Niaga

Nasi lemak bila dimakan dengan sambal memang sedap. Dapat pula nasi yang lemak mewangi rasanya. Hah nak buat yang rasa sebegitu boleh ikut resipi ini. Menurut pemilik resipi, cara masak nasi lemak ini dipelajari dari ayahnya sebab dia berniaga di kantin sekolah. Tambahnya nasi lemak ayah paling sedap kata cikgu-cikgu di situ situ, wangi sekata.
Cara Buat Nasi Lemak Wangi
Bahan-bahan:
3 cupak beras
Halia tumbuk
5 helai daun pandan-gunting pendek-pendek
1 kotan santan
Garam
3 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1.Ini cara saya sukat beras.Air akan ikut paras beras. Macam masak nasi putih.
2.Beras saya paras ni.
3.Kemudian letak beras yang dah basuh tadi dalam bekas lain atau tapis,periuk nasi tadi isi air untuk masak nasi.Air ni pun ikut paras beras tadi.
4.Masukkan santan satu kotak. Pakai kotak yang kecil sahaja pun dah terasa lemak-lemak.
5.Jangan bazirkan santan yang dalam kotak,masukkan sedikit air dalam periuk tadi,goncang-goncang tuang balik air lebihan dalam kotak tu.
6.Masukkan halia.
7.Masukkan daun pandan.
8.Masukkan garam.
9.Masukkan minyak masak.Minyak masak ni supaya nasi lemak yang dah masak tu nanti cantik sebiji sebiji, tidaklah lembik.
10.Beginilah rupanya nanti.Dah siap terus letak dekat tempat masak nasi.Terus tekan macam biasa masak nasi.
***beras jangan masuk dulu.
*** function buat begini,bila dah menggelegak air santan + daun pandan ni,maka wangilah nasi lemak tu nanti.
Sila tengok selalu periuk nasi bila dah tekan.Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah tak cantik nasi tu nanti.
11.Bila menggelegak,boleh masukkan beras yang ditapis tadi.
12.Masukkan semua beras. Kemudian dalam 5 minit / 6minit sekali sila kacau atau godak-godak supaya semua nasi sekata dengan santan.
13.Siap dah nasi lemak pandan wangi.
Kredit: Amylia Nasir
Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je