
Telur dadar yang rangup memang sedap. Barulah sedap dimakan bersama nasi. Cukup lengkap rasanya. Telur dadar selalunya menjadi pelengkap dalam hidangan lauk bersama nasi. Misalnya, makan sup ayam, ada telur dadar. Makan lauk kari ikan, ada telur dadar.
Jom kita lihat resipi telur dadar yang rangup dan sedap rasanya.
TELUR DADAR GARING

BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 biji telur ayam
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar air
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan telur ayam, tepung beras, air dan garam.
3. Pukul semua bahan dalam mangkuk itu sehingga kembang.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan ke dalam minyak masak yang panas.
5. Biarkan kering, kemudian terbalikkan.
6. Selepas garing, matikan api. Angkat dan letakkan ke atas tisu dapur seketika. Siap!
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Telur Sambal Cili Kering, Menu Bajet & Confirm Tambah Nasi

Menu telur sambal cili kering ni memang ‘berhantu’, suapan pertama dah fikir kena tambah nasi. Renjis pula kicap manih, perah asam lima, tabur daun bawang sikit memang tak pandang lauk lain.Tak percaya cubalah nanti. Pastikan masak lebih nasi jika buat menu ini.
Telur Sambal Cili Kering

Bahan-bahan:
2 biji telur
Cili kering
5 ulas bawang putih
Segengam ikan bilis
Sos tiram
Gula & garam secukupnya
Daun bawang & bawang goreng
Sedikit asam limau
Cara memasak:


1.Cili kering dikerat belah dua. Kemudian goreng hingga garing.

2.Tumis ikan bilis dengan bawang putih.Goreng sampai garing.

3.Biar sejuk sekejap baru tumbuk dalam lesung.

4.Jangan tumbuk terlalu lumat.

5.Letak 1-2 sudu besar sos tiram.

6.Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk dan masukkan gula dan garam.

7.Pecahkan telur. Nak kacau sekaligus pun takpe.

8.Bila putih dah masuk, tarik ke tepi sikit.Hati-hati jangan sampai pecah kuning telur.

9.Asingkan dulu yang putih.Bila kuning tu dah sampai piawaian yang ditetapkan baru angkat letak atas yang putih.

10.Dah siap.
11.Tabur daun bawang dan bawang goreng. Wajib perah asam limau untuk lebih sedap.

Kredit : Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Masak Bawang Stail Mamak Ni Memang Rugi Kalau Tak Cuba
Memang Sedap. Resipi Popia Lapis Rangup Best Untuk Minum Petang
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Nak Bagi Sedap Kari Telur Kentang, Guna 2 Jenis Rempah Ini

Buat kari telur, meskipun nampak ringkas, tapi memang sedap dinikmati. Buat pula kuah pekat dan ditambah dengan kentang, gerenti menambah-nambah nasi. Dapat pula dihidangkan dengan lauk tambahan; ikan masin dan sambal belacan, aduhai kekenyangan perutnya.
Mahu dapatkan resipi kari telur dan kentang yang sedap ini, boleh ikuti perkongsian resipi daripada De Norms Latorel ini. Memang tampak menyelerakan. Jom kita buat. Ada sayur kubis goreng ni, memang ngam.
KARI TELUR DAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur ayam (direbus dan dikupas)
5 biji kentang (dikupas, belah 4, bilas dan toskan)
10 batang daun kari (dibuang batang dan cuci)
8 sudu besar pes bawang besar (yang telah dikisar)
3 sudu besar pes bawang putih (yang telah dikisar)
1 ½ sudu besar pes halia (yang telah dikisar)
1 kiub pati ayam – Boleh beli online di sini
1 cawan minyak masak
5 sudu besar kari ayam Baba’s – Boleh beli online di sini
3 sudu besar kari ikan Baba’s
2 batang kulit kayu manis* – Boleh beli online di sini
4 kuntum kecil bunga lawang*
4 biji cengkih*
4 biji buah pelaga*
2 keping kecil asam keping (dibilas)
1 ½ kotak santan kotak (yang 200gm) – Boleh beli online di sini
*Rempah 4 sekawan

CARA-CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak.
Masukkan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis dengan api kecil selama 5 minit.
Kemudian, masukkan daun kari, serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan ke dalam periuk. Sebelum itu, campurkan kedua-dua serbuk kari ini di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kacau rata dan biarkan likat.
Tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu besar dan sentiasa kacau sehingga pecah minyak. Elakkan hangit. Api sederhana.

Setelah itu, masukkan kentang yang telah dibelah. Kacau guna sudip kayu yang leper. Jangan guna senduk, bimbang kentang hancur.
Hancurkan kiub pati ayam dan masukkannya.
Masukkan juga asam keping dan kacau rata.
Apabila kari dah pecah minyak, masukkan santan. Kacau lagi on off sehingga santan pecah minyak.
Perasakan dengan garam.
Tunggu sehingga mendidih dan masukkan telur yang telah direbus. Ketika ini, kentang pun sedang elok empuk dan tidak pecah. Dah boleh tutup api.

Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: De Norms Latorel
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
4 Jenis Roti, Idea Untuk Buat Sarapan Atau Snek Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Telur Dadar Terung Bakar Sangat Sedap. Guna 2 Bahan Je

Ada bermacam-macam resipi telur dadar tapi pernah tak anda cuba resipi Telur Dadar Terung Bakar? Sangat mudah resipi ni dan hanya menggunakan 2 bahan utama sahaja iaitu telur dan juga terung yang diperisakan dengan garam. Rasanya memang sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas bersama nasi putih hangat, ini ada resipi best yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza ni. Nampak sempoi je tapi memang enak. Anda boleh cuba. Cubalah. Anda pasti puas hati dengan rasanya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh dihidang bersama air asam atau sambal belacan.
CARA MASAK TELUR DADAR TERUNG BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji terung
- 2 biji telur
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.

2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.

4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.

5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.

6. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jastia Taza
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya
Resipi Pai Ayam Terlajak Mudah & Sedap. Kalau Jual, Pasti Laris
ANDA JUGA BOLEH CUBA:


