Telur dadar yang rangup memang sedap. Barulah sedap dimakan bersama nasi. Cukup lengkap rasanya. Telur dadar selalunya menjadi pelengkap dalam hidangan lauk bersama nasi. Misalnya, makan sup ayam, ada telur dadar. Makan lauk kari ikan, ada telur dadar.
Jom kita lihat resipi telur dadar yang rangup dan sedap rasanya.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 biji telur ayam
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar air
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan telur ayam, tepung beras, air dan garam.
3. Pukul semua bahan dalam mangkuk itu sehingga kembang.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan ke dalam minyak masak yang panas.
5. Biarkan kering, kemudian terbalikkan.
6. Selepas garing, matikan api. Angkat dan letakkan ke atas tisu dapur seketika. Siap!
Selamat mencuba!