Jom Buat Tumis Laksa Terengganu, Sedap Makan Panas-Panas

Share

Tumis laksa atau mee calong ini antara hidangan yang paling popular di Terengganu.

Hidangan tumis laksa ini boleh dimakan dengan nasi panas-panas atau makan begitu sahaja.

Resipi yang dikongsikan Muliadi Ramli ini, amat senang untuk disediakan. Jom kita masak!

 

TUMIS LAKSA TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

1kg ikan Selayang
2 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
½ bungkus bihun (saya guna cap burung mas)
1 sudu besar kicap pekat (untuk gelapkan kuah sikit)
2 sudu besar kicap Golden Mountain (optional)


2 sudu besar sos cili – beli online di sini
Garam & gula secukupnya
1 kiub pati ayam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN TUMIS:

½ biji bawang holland (kuah rasa lebih manis jika guna bawang holland) – beli online di sini
3 biji bawang putih | mayang – beli online di sini
½ inci halia | dimayang
2 sudu besar lada hitam | ditumbuk halus

BAHAN KISAR:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
5 biji cili padi (buat yang suka pedas) – beli online di sini
*kisar halus, supaya kuah kita lebih pekat dan berperisa

BAHAN SAYUR:

Sawi
Lobak merah
Bunga kobis/ketiak jagung
Cendawan
Cili besar merah/hijau


*kuantiti ikut suka masing-masing

CARA MEMASAK:

1. Ikan Selayang dibuang kulit dan tulang diambil isinya sahaja. Kemudian isi ikan ditumbuk.


2. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam, perasa dan tepung ubi serta dibentuk menjadi bulat-bulat.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Panaskan periuk dengan minyak masak.
4. Kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya.
5. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.


6. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tunggu air mendidih. Masukkan kiub ayam, sos dan kicap.
7. Masukkan bebola ikan tadi. Bila bebola ikan timbul, menunjukkan ia sudah masak.


8. Boleh masukkan bihun dan masukkan sayur-sayur. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa.
9. Bagi mendidih sekejap, kemudian tutup api. Siap.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff