
Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.

WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Pewarna kuning
- Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
- 1 keping gua melaka
- 2 cawan santan pekat
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
- Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
- Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
- Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
- Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
- Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
- Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
- Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
- Sementara itu, sediakan kuah santan.
- Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
- Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
- Apabila mendidih, tutup api.
- Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Muih Orang ‘Lama’ Tak Jemu DiMakan. Mudah Kan Bakar Je…

Kalau ikut stail masak orang dulu-dulu kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.
Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan.
Rugi kalau tak cuba…
1.KUIH CARA

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa/sederhana pekat (dari 1/3 biji kelapa)
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya /sebagai inti
- Garam secukup rasa/ untuk rasa lemak masin
- Sedikit minyak masak /untuk griskan acuan cara
CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.
Saiz hidangan : 30 ketul kuih
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut
INFO CHEF : Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.
2. KUIH BAKAR

BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 2 cawan santan /santan kotak yang pekat
- 1 cawan air /kisar bersama 5 helai daun pandan dan tapi
- Secubit garam
- Pewarna hijau jika suka
- 1 sudu teh esen vanila jika suka
- Bijan secukupnya/ disangai sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.
Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci)
Masa memasak : 45 minit hingga sejam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan
INFO CHEF : Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.
3. BINGKA UBI @ BENGKANG UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu /sukatan selepas diparut
- 2 cawan santan pekat /daripada 1 biji kelapa
- 3/4 cawan gula pasir
- Sedikit sagu daripada ubi kayu
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7. Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.
Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in)
Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis
INFO CHEF : Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.
4. KEK PISANG

BAHAN-BAHAN :
- 5 biji pisang emas /dilecek
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred B
Bahan diayak :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan lain
- 1 sudu kecil esen vanila atau ekstrak vanilla @ esen pisang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.
INFO CHEF : Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.
4 Sambal Berhantu, Lagi Pedas Lebih Sedap & Ketagih.

Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan. Sebagai perkongsian bersama, berikut dikongsikan empat menu berasaskan sambal yang sekali makan menang boleh menghabiskan dua pinggan nasi. Tak percaya korang boleh cuba.

SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 200 gm ikan bilis | kopek
- 3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 20 biji cili padi
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
- Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
- Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
- Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.

SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan | kopek
- 6 biji jering tua | hiris nipis
- 1 biji bawang besar | hiris
- 6 ulas bawang merah | kisar kasar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 5 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan.
- Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos.
- Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu.
- Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi.
- Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah garing dan cukup rasa, tutup api.
- Sambal sedia dihidangkan.

IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 1 biji bawang besar | hiris
- 5 ulas bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 3 biji cili merah | kisar
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan masin kemudian toskan.
- Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos.
- Keluarkan minyak tinggal sedikit.
- Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa.
- Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam.
- Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api.
- Kacau rata dan tutup api.
- Ikan masin sambal sedia dihidangkan.

IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan Talapia | siang, cuci bersih dan tos
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
- Kacau rata dan masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng.
- Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan

Jom cuba buat kuih Bingka Ubi Kayu yang sedap ni. Hanya guna 5 bahan anda boleh nikmati keenakan kuih ini bersama keluarga. Ringkas sahaja cara pembuatannya malah bahan-bahannya juga mudah diperolehi di kedai-kedai runcit berdekatan. Bagi yang suka makan Kuih Bingka Ubi Kayu ni dan nak cuba masak sendiri, saudari Sue Abdullah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK BINGKA UBI KAYU GUNA 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu siap parut
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1 cawan gula pasir (empunya resipi lebihkan sedikit gula)
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning – beli online disini
(INFO: Sukatan ubi tidak boleh bagi dalam timbangan kilo sebab kadangkala ada bahagian ubi yang keras dan tidak boleh diparut. Nanti sukatan jadi tidak tepat)
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ubi kayu dan parut halus. Jika tiada pemarut, potong kecil ibu kayu tadi, masukkan dalam pengisar dan kisar sedikit demi sedikit. Tapis airnya dan guna air yang sama untuk kisar potongan ubi kayu yang seterusnya. Lakukan Langkah yang sama hingga habis.
2. Satukan parutan ubi kayu, santan, gula, garam dan pewarna di dalam bekas. Gaul hingga sebati dan gula hancur.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200C guna api atas bawah.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam loyang bersaiz 7×7. Ratakan. Jika guna loyang saiz 6×6, kuih akan jadi agak tebal. Boleh juga guna loyang saiz 8×8.
5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letak di rak yang paling bawah.
6. Bakar Kuih Bengkang Ubi Kayu selama 1 – 1 ½ jam atau hingga bahagian atas Bengkang jadi keperangan.
7. Setelah masak, keluarkan dan biarkan kuih selama 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Kredit resipi & foto: Sue Abdullah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


