Sempoi dan bersahaja. Begitulah aksi jutawan kosmetik terkenal; Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang boleh ditonton para peminat di Instagram miliknya. Walaupun hidup penuh kemewahan dan ada pembantu rumah, namun jutawan terkenal berusia 31 tahun ini tidak kekok untuk turun ke dapur untuk memasak.
Lauk yang dimasak lebih kepada lauk pauk kampung. Masak Tempoyak, bening dan masak lemak antara masakan yang pernah dikongsi oleh beliau. Malah waktu Datin Sri Shahida sedang berpantang, Dato’Aliff sendiri yang memasak hidangan lauk pauk untuk isterinya tu. Hebat…Tak ramai tau yang sanggup turun ke dapur macam ni.
Kalau anda follow ig @aliffsyukrilajaklaris ni, pasti akan tergelak bila tengok video-video masakan yang dikongsi oleh Datuk Aliff. Ada sahaja celoteh dan aksi lucu sampai yang menonton pun rasa nak tergelak besar. Patutlah akaun ig beliau ni ada 2.8 juta followers. Ramai tu!
Sempoi betul. Bibik pun suka melayan. Jom kita tengok apa lagi resipi-resipi yang dikongsi oleh Dato’ Aliff ni. Mana tau boleh cuba masak untuk suami dan anak-anak nanti.
Setiap hari kalau asyik masak berkuah sahaja, lama-lama bosan juga kan? Sesekali mari kita rajinkan diri memasak masakan tradisional yang selalunya orang-orang tua suka masak. Nampak macam remeh, tetapi percayalah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung sederhana besar
500ml santan pekat
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji cili merah
5 biji cili padi
1 batang serai
1 batang bunga kantan } hiris halus
2-3 helai daun limau purut } mayang halus
3cm kunyit hidup
Garam dan lada sulah
secukup rasa
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Separuh santan didihkan bersama sedikit garam dan lada sulah di dalam periuk hingga pekat. Ketepikan.
2. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup dikisar/tumbuk lumat.
3. Tambah separuh lagi santan ke dalam bahan kisar dan gaul sebati.
4. Taburkan sedikit garam dan lada sulah ke atas ikan. Ratakan bahan-bahan tumbuk ke atas ikan.
5. Letak ikan di dalam daun pisang. Tabur daun limau purut dan bunga kantan di atas ikan.
6. Kemaskan balutan daun pisang dan bakar atas api/ketuhar hingga masak (15-20 minit).
7. Setelah ikan masak, tuang santan yang dididihkan pekat dan sedia dihidangkan.
Ramai yang beranggapan menu kukus atau stim leceh untuk menyediakannya, hakikat sebenarnya ia adalah menu paling mudah disediakan dan cepat. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Bukan hanya senang, menu kukus juga sedap dan sihat. Cuba 3 resipi kukus ekspres yang popular dan sihat yang boleh dibuat.
AYAM KUKUS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
3 sudu makan tauchu | kisar
4 ulas bawang merah | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun bawang | hiris memanjang
2 biji cili merah | cincang halus
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam | jika perlu
Gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3cm halia muda
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
Kukus lebih kurang 15-20 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah dengan hirisan cili padi. Menu ini juga enak dihidangkan panas-panas.
………..
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu the lada sulah
4cm halia muda | hiris memanjang
1/2 biji bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
5 biji cili padi | titik
1 batang serai | titik
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak
BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit hirisan limau nipis
BAHAN KISAR:
2cm halia muda
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
Kukus lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda juga boleh menggunakan ikan lain isi putih seperti siakap, kerapu atau tenggiri.
…………..
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
2 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2cm halia muda | hiris halus
2 biji cili merah | cincang halus
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih | kisar kasar
1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
Panaskan pengukus.
Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
Sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Gunting sedikit bahagian badan sotong supaya sos dapat masuk ke bahagian dalam sotong.
Buat mereka dari Pantai Timur, keropok lekor memang tidak asing lagi. Makan panas-panas memang berebut makan. Kalau anda peminat keropok lekor, boleh saja membuatnya sendiri. Apa yang perlu menggunakan ikan segar dan tepung sagu,barulah jadi elok kejadiannya. Buat yang ingin mencuba, dikongsikan resipi oleh ibu Fatin Umiyah ini yang merupakan orang Terengganu asli.
KEROPOK LEKOR HOMEMADE
Bahan-bahan:
Isi ikan (selayang/selar) yang mentah*kisar menggunakan blender kering
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira