
Pada zaman sekarang, agak susah kalau nak kita nak mengacau dodol. Kecuali bagi mereka yang duduk di kawasan kampung. Atas sebab wabak Covid-19, ramai pula warga kota yang tak berpeluang balik kampung.
Jadi, macam mana bagi warga kota nak menikmati dodol homemade? Jangan sedih. Jomlah kita buat dodol cair. Walau mungkin tak sama macam dodol yang dimasak atas api dapur kayu di kampung, sekurangnya dapatlah kita rasa dodol homemade.
DODOL CAIR


BAHAN-BAHAN:
- 5 cawan santan
- 2 cawan tepung pulut
- 3 cawan air gula merah
- 1 cawan gula
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan dan kacau sampai tepung tidak berketul.
- Hidupkan api.
- Masukkan dalam kuali dan kacau selama 2 jam.
- Kalau nak lebih pekat sedikit, kacau lagi sehingga 3 jam.
Sedap makan begitu sahaja atau dengan roti dan biskut.

Kongsi resipi: Siti Nailah AlFarafisha Roslan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apam Nasi Gebu Enak Dimakan Bersama Kelapa Parut

Sebenarnya nasi lebihan semalam selain enak dibuat nasi goreng sedap dibuat apam nasi. Lebihan nasi boleh dijadikan apam yang gebu dan sedap. Apam nasi menggunakan nasi sebagai bahan utama. Sedapnya apam nasi ini bila dicicah dengan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Ada peminat apam nasi gebus ni tak, jom kita buat.

APAM NASI
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras BELI ONLINE DI SINI
1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
3/4 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan-BELI ONLINE DI SINI
1 paket eno biru
Cara membuat:
1.Masukkan air dan nasi sejuk ke dalam blender. Blend sehingga halus kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras,gula,mauripan. Blend lagi sehingga sebati semua bahan.
2.Tuang ke dalam bekas. Perap selama 1-3 jam(bertutup)
3.Masukkan eno kacau sebati.
4.Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
5.Tuang adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.
6.Kukus 15 minit.
*yang nak buat banyak, gandakan adunan.

Kredit: Siti Hadirah
3 Resipi Juadah Petang Yang Colourful. Salah Satunya Kek Span Versi Indonesia
Oh Macam Ni Rupanya Nak Buat Karipap Pusing. Barulah Betul-Betul Jadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Bertuah Bila Puan Sri Betty Saw Berkongsi Resipinya yang Ringkas Lagi Menyelerakan.

Temujanji dengan Puan Sri Betty Saw di kediamannya bagaikan satu penghormatan kepada min penulis yang sekian lama mengaguminya sebagai seorang yang pakar dalam bidang masakan. Beliau antara pelopor chef wanita Malaysia yang masih aktif walaupun lebih 30 tahun berada dalam industri.

Istimewanya, Puan Sri Betty adalah seorang chef yang pakar dalam pelbagai jenis masakan dari dari masakan tempatan (Melayu, Cina dan India) hingga antarabangsa, semuanya boleh disediakan. Malah lebih sedap bila diolah semula oleh beliau.Menurut Puan Sri, masakan dan baking adalah dua perkara yang sudah sebati dengan diri beliau. Hingga jika sehari tidak masuk dapur bagaikan tidak lengkap hari tersebut. Setiap hari ada sahaja idea untuk memasak,pendek kata tengok sahaja bahan resipi sudah ada dalam fikiran beliau.
“Sebagai seorang yang sentiasa memasak, seronok rasanya kalau tetamu datang bertamu dapat diraikan dengan air tangan sendiri. Sekurang-kurangnya secawan kopi dan mengudap satu atau dua kudapan ringan yang saya sediakan,” ujar Puan Sri yang berpisah tiada dengan masakan dan baking.

Patutlah beliau berulang kali menegaskan bahawa memasak adalah jiwanya . Dek kerana itulah, tidak ada istilah jemu atau bosan bila berekspremen dengan segala bahan masakan. Setiap hari ada sahaja masakan yang disediakan, sementelah lagi apabila beliau menerima tetamu. Bermacam juadah disediakan untuk meraikan tetamu beliau.

CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kobis | cincang halus
- 1/2 batang lobak merah |cincang halus
- 5 ulas bawang putih | kisar
- 150 gm tepung beras |ayak
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
- 2 batang daun bawang |cincang
- 175 ml atau 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
- Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
- Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
- Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
- Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
- Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
- Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
- Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
- Hidangkan bersama sos cili.

BOTOK UDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 150gm isi ayam | potong dadu ukuran 1cm
- 150gm udang | buang kulit dan cincang
- 1/2 sudu teh garam dan serbuk lada hitam
BAHAN CAMPURAN SANTAN:
- 75ml santan
- 2 sudu makan sambal tomato
- 2biji cili merah | buang biji dan hiris halus
- 3 biji cili padi | hiris halus
- 4 ulas bawang merah |hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1/2 sudu teh gula
- 3/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 10 helai daun Thai Basil | cincang halus
BAHAN LAIN:
- 2 batang daun bawang | cincang halus
- 2 biji telur | kacau rata
- 20 helai daun kesum
- Daun pisang ikut keperluan
- Lidi pencucuk secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL TOMATO:
- 20 cili merah | buang biji
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 sudu teh serbuk belacan
- 1 1/2 sudu the garam
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 biji tomato | cincang
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan ayam dan udang dalam mangkuk, taburkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
- Masukkan campuran santan dalam mangkuk ayam dan udang. Gaul rata.
- Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau tadi, gaul rata dan perap lebih kurang 30 minit.
- Kemudian ambil daun pisang, letakkan di atasnya dua helai daun kesum. Diikuti dengan dua sudu bahan perapan tadi di tengah daun pisang.
- Bungkus dan kemaskan bungkusan dengan lidi pencucuk
- Lakukan sehingga bahan perapan habis.
- Panaskan pengukus, kemudian masukkan dalam pinggan dan kukus lebih kurang 20 minit.
- Cara membuat sambal tomato.
- Campurkan cili merah , bawang merah, bawang putih, garam, belacan di dalam mangkuk pengisar. Kisar hingga halus dan masukkan dalam mangkuk.
- Gunakan pengisar yang sama, kisar pula tomato, keluarkan dan ketepikan.
- Tuangkan pes cili tadi di dalam kuali, masak atas api sederhana.
- Kacau selalu hingga timbul minyak.
- Masukkan pula tomato kisar tadi, kacau hingga pekat dan tambahkan gula.
- Masak satu minit lagi, tutup api.
Resipi Cakoi Sedap Untuk Minum Petang. Dah Sejuk Pun Masih Lembut

Sedapnya jika dapat menikmati Kuih Cakoi panas-panas di waktu begini. Rangup diluar, gebu dan lembut di dalam. Memang tak puas dimakan. Bagi yang suka rasa manis, boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard. Susu pekat manis pun boleh. Memang nikmat! Ada yang nak cuba buat Cakoi yang enak ni? Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ila Lala ni. Sangat mudah dan pasti menjadi. Walau sejuk, teksturnya masih lembut.
CARA BUAT KUIH CAKOI SEDAP & TETAP LEMBUT WALAU SEJUK

BAHAN-BAHAN:
1 cawan air suam – jangan terlalu panas
1 1/2 sudu teh yis – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
1/2 sudu teh garam – beli online disini
1/2 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
2 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu makan minyak
Jom tonton video MINIT EKSPRESS : Resipi ROTI CANAI SOSEJ
CARA MEMASAK:
1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam. Biarkan 10 minit hingga berbuih.

2. Masukkan garam dan soda bikarbonate dalam tepung. Kemudian masukkan campuran yis tadi.
3. Uli sebati. Kemudian masukkan minyak.
4. Uli rata sekali lagi. Rehatkan doh selama 1 jam.

5. Selepas 1 jam, canai doh kemudian potong 4 segi panjang. Basahkan lidi/copstick. Tekan tengah doh. Tindih 2 doh yang dah dipotong 4 segi.

6. Taburkan tepung gandum sebelum dan semasa mencanai supaya doh tidak melekat.
7. Goreng doh dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Goreng sehingga garing.

8. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Ila Lala
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tomato Jawa Pedas Kebabom Untuk Makan Tengahari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

