Sambal goreng peria ikan bilis memang ada rasa pahit-pahit sikit. Tapi rasa pedas cili dan masin ikan bilis tu menjadikan gabungan cita rasa sambal ini sungguh menyelerakan. Korang boleh try buat. Makan dengan nasi panas, wow sungguh rasanya tau.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250 gram peria | hiris nipis
- 250 gram ikan bilis | belah dua
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
- Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Setelah bahan tumisan garing tutup api.
- Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
- Sambal goreng peria sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Bilis Garing Krup Krap Ini Mendapat Lebih 1200 Share di FB. Sedap Ni Makan Dengan Nasi Panas
Resipi daripada Puan Ana ini telah mendapat lebih 1000 share di FB. Jom kita semak resipi ini dan jangan lupa cuba pulak. Kalau best share lagi kepada kawan-kawan. Kita panjangkan ilmu ini dan semoga rezeki yang empunya resipi ini mencurah-curah hendaknya.
Lama juga dah rasanya Kak Ana Gojes tak share resepi dengan korang kan. Rasa terpanggil sangat nak share satu resepi mudah tapi sedap yakmat.Selalunya bulan puasa baru Kak Ana Gojes buat sambal ni. Buat bekal sahur.Pekena dengan nasi panas panas berasap tu. Mata mengantuk pun jadi buntang balik. Kalau korang beli yang ready made, seploh hegget baru dapat ciput jek. Lepas ni korang buat la sendiri lagi jimat. Senang je pun buat dia.
Jomlah kita buat ‘SAMBAL BILIS GARING KRUP KRAP’
BAHAN UTAMA
- Ikan bilis kecik
- Cili kering
- Kacang tanah
- Bawang merah
Semua yang bertanda * tu korang sukat pakai 3 genggam jek. Takyah nak timbang bagai. Just nice je nanti hasil gabungan dia.
- 1 1/2 sudu makan Gula
- Sedikit garam
- Air limau nipis 1/2 biji cukup ler.
CARA MEMASAK:
- Goreng ikan bilis sampai garing, kacang tanah tu pun korang goreng juga dulu, pastu toskan minyak.
- Cili kering gunting dulu, buang biji dan goreng garing juga. Toskan minyak.
- Bawang merah hiris nipis untuk dijadikan bawang goreng. Goreng juga sampai garing dengan api sederhana. Toskan minyak juga ya.
- Blend cili kering dengan gula dan garam. Jangan lah sampai hancur lumat. Biar ada flakes dia sikit.
- Wajib gunakan blender kering tau. Atau nak senang korang guna Tupper smooth chopper.
- Masukkan semua dalam mangkuk besar. Perah air limau nipis kata atas dia.
- Gaul sampai rata biar dia mesra loka dalam tu. Kemudian korang rasalah manis masin dia. Tambah ikut citarasa korang.
Siap! Selamat mencuba.
Tip Buat Pencicah Air Asam Sedap Menyengat. Gaul Macam Ni, Baru Padu!
Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakar atau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi perkongsian saudari Ameera yang mudah ni. Memang sedap.
RESIPI PENCICAH AIR ASAM SEDAP MENYENGAT. TAMBAH 2 BAHAN NI & GAUL, BARU TERANGKAT!
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi – hiris nipis
2 biji cili merah – hiris nipis
1 biji tomato – hiris nipis
1 biji bawang besar – hiris nipis – beli online disini
1/2 keping asam jawa biji – beli online disini
Belacan secukupnya – beli online disini
1 cawan air suam
Sedikit garam
2 sudu makan gula – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
1 sudu makan sos cili – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Hiris nipis cili padi, cili merah, tomato dan bawan besar.
2. Sukatan asam jawa biji. Ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji ni bila buat air asam dia punya kick memang padu dan lebih sedap.
3. Belacan besar ni ye. Kalau nak kurangkan pun boleh. Ikut cita rasa.
4. Masukkan 1 cawan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa. Ramas hingga larut asamnya.
5. Campurkan semua bahan hiris ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan sedikit garam. Jangan banyak, nanti masin.
7. Masukkan juga gula supaya air asam nanti ada rasa manis, masam dan pedas yang seimbang.
8. Ambil belacan tadi dan tenyeh hingga hancur.
9. Seterusnya masukkan sos tomato dan sos cili.
10. Tapis air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
11. Gaul semua bahan hingga sebati. Tip untuk jadikan pencicah air asam lebih sedap ialah gaul bahan berulang kali menggunakan tangan sambil disertakan dengan berselawat.
12. Pencicah Air Asam enak siap untuk dihidangkan.
13. Sesuai dihidangkan bersama ikan kukus, ikan bakar, ulam-ulaman dan sebagainya.
Kredit resipi & foto: Ameera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Masak Bawang Stail Mamak Ni Memang Rugi Kalau Tak Cuba
Resipi Nasi Air Thai. Sajian Bubur Nasi & Kuah Sup Panas Sedap
Memang Sedap. Resipi Popia Lapis Rangup Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Popular! Cuba Rasa Tom Yam Goon, Sup Paling Mantap Dan Luar Biasa.
Tom Yum Goong telah menjadi sangat popular di Thailand sejak beberapa tahun yang lalu. Rasanya sangat mantap dari sup tom yam biasa. Apabila menyentuh mengenai sup Thai, menu tom yum adalah yang paling popular dan tidak dapat disangkal lagi dan ramai yang berpendapat bahawa ia adalah sup yang paling lazat. Penggemar tegar tom yam boleh cuba resipi ini yang lebih berperisa dan mantap!
RESIPI TOM YUM GOONG (UDANG)
BAHAN-BAHAN:
(Hidangan 4 orang)
- Udang bersaiz sederhana 350g, bersama kulit dan kepala
- 4 cawan air (atau gunakan 3 1/2 cawan stok ayam jika tidak menggunakan kulit dan kepala udang)
- 2 batang serai, bahagian bawah sahaja
- 10 hiris lengkuas, dipotong menjadi bulatan nipis
- 6 helai daun limau purut
- Cili Thai (cili padi merah), secukup rasa
- ½ cawan susu sejat cair
- 3-4 cawan cendawan tiram, cendawan jerami, atau cendawan Asia lain
- ¼ cawan Pes Cili Thai (nam prik pao)
- 3 sudu sos ikan
- ¼ cawan air limau nipis
- Segenggam hirisan daun ketumbar
CARA-CARA:
1. Kupas kulit udang dan kepala udang, masukkan ke dalam kuali tanpa air, udang asingkan dahulu. Masak seketika sehingga keluar air udang (stok udang) kemudian tambahkan air.
2. Rebus sehingga mendidih, keluarkan kepala dan kulit.
3. Ketuk serai dan hiris tebal, masukkan ke dalam stok udang bersama daun limau purut dan lengkuas.
4. Tumbuk cili padi Thai dan masukkan ke dalam air rebusan. Jumlah cili padi terpulang ikut pedas yang diingini.
5. Masukkan sos ikan dan kemudian susu cair.
6. Masukkan cendawan kemudian diikuti pes cili Thai. Biarkan mendidih seketika.
7. Masukkan udang dan masak sehingga udang masak lalu tutup api. Udang masak sekejap sahaja.
8. Masukkan air limau nipis (botol atau dari buah limau), kacau dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.
Boleh dihidang bersama nasi, bihun dan koay teow.
*Seeloknya air limau dimasukkan setelah api ditutup untuk mengelakkan tomyam menjadi berketul-ketul (sebab ada susu cair)
*Jika ingin tambah garam, rasa dahulu sebab sos ikan tu dah masin.. saya tak masukkan garam.
*Boleh juga diganti udang dengan ayam, seafood dan lain².. Gantikan stok udang dengan kiub pati ayam.
*Ada perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar, daun ketumbar lebih pendek berbanding daun sup, dan berbau kuat. Daun ketumbar lebih sesuai dalam masakan ni, sebab orang Thai gunakan ketumbar dalam masakan. Sekali imbas nampak sama.
*Boleh juga diganti dengan pes tomyam, ikut citarasa masing².
Selamat mencuba! 😁
Silakan share.. Untuk paparan lebih jelas, click HD pada video…
Kongsi resipi: Adeela Alias
https://www.facebook.com/adeela.alias/videos/10216146349749897/