Tatkala berbuka, tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan kuih muih di meja. Mulut pasti mahu menikmati kuih-muih manis dan pedas sebagai kudapan selepas menjamah hidangan utama. Malah ada yang lebih gemar berbuka dengan kuih muih sahaja sebagai pengalas perut sebelum menunaikan solat terawih.  Oleh itu RASA menampilkan koleksi resipi kuih muih yang boleh anda cuba tatkala berbuka nanti.

 

ANEKA KUIH MUIH MUDAH & SEDAP UNTUK BERBUKA

 

1. KUIH BAKAR JAGUNG

Jom Cuba! Koleksi Kuih Muih Ringkas & Mudah Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tepung jagung
  • 170gm gula pasir
  • 200ml santan pekat
  • 25gm tepung kastard
  • 350ml air
  • 2 sudu makan mentega
  • 4 biji telur
  • 1 tin jagung manis
  • Sedikit bijan
  • Pewarna kuning secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1.  Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
  2. Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
  3. Masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
  4. Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
  5. Bakar pada suhu 180C selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.

 

2. LEPAT LABU

Jom Cuba! Koleksi Kuih Muih Ringkas & Mudah Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 180gm labu | dikukus dan dilecek
  • 100gm tepung gandum
  • 100gm santan
  • 85gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • ½ biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
  • Daun pisang yang dilayurkan

CARA MEMASAK:

  1. Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
  2. Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
  3. Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
  4. Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
  5. Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 Info chef: Guna santan segar untuk hasil lepat yang enak. Elakkan mengguna santan segera kerana ia memberi rasa berlainan pada kuih.

 

3. KOCI LEMAK MANIS

Jom Cuba! Koleksi Kuih Muih Ringkas & Mudah Untuk Berbuka.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung pulut
  • 60gm tepung pulut hitam
  • 375ml air
  • Secubit  garam
  • Daun pisang secukupnya | dilayurkan
  • Sedikit minyak masak
  • 1 cawan pati santan ( ditambah secubit garam)

BAHAN INTI:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 ketul gula Melaka
  • 225gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 125ml air

BAHAN PATI SANTAN:

  • 400ml santan pekat
  • 2 sudu makan tepung beras
  • Sedikit garam

 CARA MEMASAK:

  1. Bagi menghasilkan intinya, masak gula Melaka, gula pasir dan air sehingga larut. Kemudian masukkan daun pandan serta kelapa parut. Masak hingga inti kelihatan agak kering.  Angkat dan sejukkan.
  2. Manakala bagi menyediakan pati santan, campurkan tepung beras bersama santan pekat dan garam. Kacau sebati dan masak sehingga pekat. Ketepikan.
  3. Untuk doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah air jika perlu.
  4. Ambil sedikit adunan doh dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan. Ulang langkah sehingga adunan habis.  
  5. Masukkan kuih koci ke dalam mangkuk pati santan. Kemudian sudukan kuih koci berserta pati santan ke atas daun pisang yang telah disapu minyak di permukaannya.  
  6. Lipat bungkusan kuih koci dengan kemas dan kukus selama 15 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Selain dicelup ke dalam mangkuk berisi pati santan, anda juga boleh meletak doh kuih koci di atas daun pisang dan barulah disudukan pati santan.

 

4. TALAM UBI KAYU

Jom Cuba! Koleksi Kuih Muih Ringkas & Mudah Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan parutan ubi kayu| anggaran 1 kg ubi kayu diparut halus dan diperah airnya
  • 300ml air
  • 50gm tepung jagung
  • 300gm gula melaka
  • 100gm gula pasir
  • 400ml air
  • Daun pisang secukupnya
  • Minyak masak

LAPISAN PUTIH: 

  • 80gm tepung beras
  • 400gm kelapa parut
  • 1250ml air
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan gula merah, gula pasir dan 400ml air sehingga larut. Tapis dan ketepikan.
  2. Kisar ubi kayu parut dengan 300ml air kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan air gula Melaka dan juga tepung jagung. Kacau sebati.
  3. Masak menggunakan api sederhana sehingga adunan kelihatan hampir pekat. Padamkan api dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles sedikit minyak dan dialas dengan daun pisang.
  4. Ratakan adunan dan kukus selama 30 minit.
  5. Bagi menyediakan lapisan putih, kisar kelapa parut dan juga air bagi mendapatkan santan.
  6. Kemudian satukan santan, tepung beras, tepung jagung dan garam. Kacau sebati dan masak seketika  sehingga naik wap.
  7. Tuang lapisan santan di atas lapisan ubi yang dikukus tadi. Kukus kembali selama 40 minit atau sehingga masak.
  8. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dinikmati.

Info chef: Sebelum menuang lapisan santan, pastikan permukaan lapisan ubi kayu digores sedikit menggunakan garpu bagi memastikan kedua-dua lapisan melekat dengan sempurna.

IKLAN

 

5. GERODOK TELUR

Jom Cuba! Koleksi Kuih Muih Ringkas & Mudah Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 500ml pati santan
  • 250gm gula Melaka
  • 125ml air
  • 10 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit minyak

CARA MEMASAK:

  1. Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan sehingga larut. Sejukkan seketika.
  2. Seterusnya masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Tapis.
  3. Oles sedikit minyak masak pada permukaan acuan. Tuang adunan telur tadi dengan secukupnya.
  4. Kukus adunan tersebut selama 30 minit atau sehingga gerodok kelihatan kental.
  5. Sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.

 

6. PUTERI MANDI

Jom Cuba! Koleksi Kuih Muih Ringkas & Mudah Untuk Berbuka.

BAHAN DOH:

  • 300gm tepung pulut
  • Sedikit air kapur
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning, oren dan hijau secukupnya

BAHAN INTI KELAPA:

  • 300gm kelapa parut
  • 150gm gula Melaka
  • 50gm gula pasir | jika perlu
  • 250ml air
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan | disimpul

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bagi menyediakan inti, masak air bersama daun pandan dan gula Melaka sehingga larut.
  2. Tambahkan secubit garam diikuti kelapa parut. Kacau sehingga inti kelihatan agak kering. Jika mahukan lebih rasa manis, tambah gula pasir secukupnya. Sejukkan.
  3. Campurkan tepung pulut, air kapur dan garam. Masukkan air secukupnya dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan.
  4. Cubit doh dan uli menjadi bentuk bulat. Picit bahagian tengahnya menjadi sedikit leper dan masukkan ke dalam periuk air mendidih.
  5. Apabila doh timbul di permukaan air, angkat dan toskan air. Masukkan ke dalam mangkuk berisi inti kelapa.
  6. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

 

7. KUIH BAKAR DAGING

Jom Cuba! Koleksi Kuih Muih Ringkas & Mudah Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 375gm tepung gandum
  • 720ml santan cair
  • 720ml air
  • 5 biji telur
  • 350gm daging kisar
  • 2 sudu makan rempah kari daging  
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji bawang besar  | dimayang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
  3. Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
  5. Oles sedikit minyak pada acuan dan panaskan acuan di atas dapur dengan api perlahan.
  6. Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4  acuan. Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili.
  7. Apabila bahagian tepi kuih kelihatan sedikit garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.

 

 ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Resipi Asam Gumpal. Kuih Tradisional Popular Di Bulan Puasa.

Sedap & Tak Muak. Puding Roti Sos Kastard Ni Memang Best.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI