Hari ni min nak kongsi tiga resipi dari tanah seberang, tetangga kita Indonesia. Nama aje lain sikit, tetapi sebenarnya banyak dari sajian di sana ada di negara kita. Selera pun sama, serumpun la katakan.
Contohnya opor ayam, , di Johor cukup popular terutamanya di kalangan orang Jawa Johor. Orang Melayu pun dah menganggap lauk ini sebagai lauk tradisional. Begitu juga dengan hidangan Nasi Goreng dan Sup Ekor Lembu atau dikenali buntut di sana memang citarasa kegemaran rakyat Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi , jom semak resipi dari Chef Faridul Ataras Abdul Razak dan Chef Ardy Daniel dari Hotel Crystal Crown PJ ini.
1. OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai |diketuk
4 helai daun salam
6 helai daun limau purut |dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
Ads
3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan Masa memasak :25 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini. Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF :Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
Ads
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam |dihiris
1 ekor sotong putih | dihiris
2 ulas bawang putih | dititik
2 biji bawang merah | dihiris
5 ekor udang kering |ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF:Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
Ads
3. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
1/2 kilo daging lembu
1500 ml air
1 senduk minyak masak untuk menumis
4 biji ubi kentang | dipotong dadu
3 biji lobak merah | dipotong dadu
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
5 ulas bawang putih| dikisar
8 biji bawang merah| dikisar
1 sm halia | dikisar
5 tangkai bunga cengkih
4 biji pelaga
2 biji bunga lawang
10 gm kulit kayu manis
1 sudu teh gula
2 biji tomato/dipotong dadu
2 sm kulit kayu manis
2 ketul stok daging
Bahan tabur :
Bawang goreng
Saderi/ dihiris
Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK : 1. Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit. 2. Buang airnya. 3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis. 4. Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah. 5. Tumiskan bahan sampai naik bau. 6. Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam 7. Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging. 8. Perisakan dengan garam 9. Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker) Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak. Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasamerebus.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan panas seperti Sizzling memang sesuai dijadikan hidangan makan malam. Biasanya anda perlu membelinya di kedai. Namun, kenapa perlu beli lagi jika anda sebenarnya boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran di rumah? Tak susah pun nak buat kuahnya jika anda jumpa resipi yang betul. Jika tak ada Hot Plate untuk sizzling tu pun tak apa. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN:
1 inci halia – potong ikut suka
8 ulas bawang putih – hiris nipis
6 ketul ayam – potong kecil
8 tangkai cili kering – potong kasar
10 biji cendawan kering – potong kasar (rendam terlebih dahulu dalam air panas selama 1/2 jam.
4 sudu makan tepung jagung – larutkan dalam air
Yee mee secukupnya
Sawi – potong kecil
Telur
Sos tiram – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
Kicap lemak manis – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
Kicap pekat – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
3 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan kuah sizzling, panaskan minyak masak dan tumis halia serta bawang putih menggunakan api perlahan hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Tambahkan ayam serta 1 mug air. Tambahkan juga sedikit garam dan biarkan mendidih selama 5 minit.
4. Seterusnya masukkan cendawan diikuti sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan 3 mug air. Biarkan mereneh seketika.
5. Setelah ayam empuk dan kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. ( tip: buka api pada tahap kepanasan maksimun, kacau sehingga kuah tak berketul dan sampai pada kepekatan yang sesuai.
6. Cara membuat sizzling: Letak hot plate diatas api ( jika tiada, guna pemanggang ajaib), tuang sedikit kuah kemudian letak yee mee, sayur dan telur.
7. Buka api pada kepanasan maksimum dan tuang kuah sekali lagi keatas yee mee. Masak hingga lembut.
Asam Pedas Utara atau asam pedas rebus adalah jenis kuah yang dimasak cair. Rasa kuahnya masam-masam pedas.
Sesuai dimakan bersama nasi panas-panas dengan ulam-ulaman, sambal belacan atau ikan kering. Yang paling menariknya kuahnya boleh dihirup sehingga titisan kuah yang terakhir.
Jom kita cuba resipi daripada Mohd Rozmie dengan cara masakan yang sangat mudah.
RESIPI CARA BUAT ASAM PEDAS UTARA
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung 1 batang serai – beli online di sini Sedikit daun kesum 1 tangkai bunga kantan 3 @ 4 keping asam keping – beli online di sini Bendi 1 biji tomato
1. Cili kering sebelum dikisar, perlu direbuskan terlebih dahulu. Kisar halus bawang merah, cili kering dan belacan. 2. Masukkan bahan kisar halus mulus ke dalam periuk kesayangan (tanpa minyak), dan jangan lupa buka api.
3. Tambahkan 2 mangkuk air atau mengikut sukatan kuah yang diinginkan. 4. Masukkan ikan kembung yang telah dicuci bersih. Masukkan serai yang telah dititik.
5. Masukkan bunga kantan yang telah dibelah dua. Masukkan daun kesum. Bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas utara ini. 6. Masukkan 3 keping asam keping. Kalau nanti kurang masam, tambahkan lagi asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Biarkan bahan masakan mendidih dan ikan masak elok.
8. Bila sudah mendidih dan ikan pun masak, masukkan bendi dan tomato serta terus tutupkan api. Biarkan bendi dan tomato layu dalam suhu periuk yang panas ini. 9. Dah siap asam pedas utara. Sedapnya bila dapat hirup kuah asam pedas ni.
Sedapnya Pepes Ayam. Kalau makan panas-panas memang nikmat. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau sajian makan malam bagi anda yang tak suka menu berat. Pepes ni kalau beli, harganya boleh tahan. Jadi jom belajar buat sendiri guna resipi perkongsian dari saudari Rosmirah Yussof. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
CARA MASAK PEPES AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN: 3 ketul dada ayam 2 biji telur Daun pisang secukupnya Stepler atau lidi secukupnya
1. Satukan semua bahan kecuali santan, garam, gula dan minyak masak. Kisar hingga halus
2. Rupa bahan yang siap dikisar halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. Masukkan santan. Gaul rata.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.
5. Ambil dada ayam dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar bersama telur.
6. Kisar isi ayam dan telur hingga halus. Tidak perlu tambah air.
7. Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
8. Kemudian campurkan bahan yang ditumis bersama isi ayam kisar. Gaul sebati.
9. Sediakan daun Pisang. Potong lebih kurang saiz 3×4 inci. Letak satu sudu makan adunan ayam.
10. Lipat bahagian hujung. Kemaskan bahagian hujung supaya tak terbuka.
11. Hasil Pepes Ayam yang telah dibungkus.
12. Kukus Pepes Ayam dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit. Bila sudah siap kukus, boleh diangkat dan terus dibakar atau disejukbekukan.
13. Pepes Ayam yang sudah siap boleh dibakar di dalam kuali atau ketuhar. Bila warna menjadi coklat keperangan, bolehlah diangkat.
14. Pepes Ayam homemade siap untuk dihidang.
INFO: Jika tiada daun pisang, boleh masukkan adunan Pepes Ayam ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Kukus hingga masak. Bila siap dikukus, potong dan bolehlah dibakar.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!