Resipi Nasi Goreng Kambing Viral. Menu Street Food Popular Indonesia.

Share

Nasi Goreng Kambing ini memang popular di negara seberang. Andai ke kedai makan, pasti ada hidangan ini dalam buku menu. Nak lagi sedap, nikmati dengan keropok. Cubalah!

NASI GORENG KAMBING 

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 5 biji cili padi merah  | hiris halus
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

 

BAHAN PERAPAN KAMBING:

  • 150gm daging kambing | potong dadu kecil
  • 2cm halia | kisar halus
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
  3. Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  4. Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
  5. Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Published by
Nur