Makan

Jom Cuba! Resipi Cinnamon Rolls & Belgian Waffles Sedap

Share

Istimewa buat penggemar pastri, resipi Cinnamon Rolls dan Belgian Waffle oleh Eyla Osman ini anda patut cuba. Rasanya memang sedap dan mudah saja untuk membuatnya. Hasil seakan dari kafe. Wow…. Berbaloi sediakan untuk keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESEPI CINNAMON ROLLS & BELGIAN WAFFLE HOMEMADE


CINNAMON ROLLS WITH CREAM CHEESE FROSTING

BAHAN DOH:
2 cawan fresh milk suam
½ cawan gula -beli online di sini
½ cawan mentega cair – beli online di sini

1 pek yis – beli online di sini
5 cawan tepung (high protein) – beli online di sini
1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan cair dulu, kemudian bahan kering. Akhir sekali, baru masukkan yis ke dalam bread maker. Pilih setting doh.
BAHAN FILLING:
2 sudu besar serbuk kayu manis
100gm gula perang – beli online di sini
100gm mentega
CARA MEMASAK:
1. Gaul semua untuk diratakan atas permukaan doh yang dah dicanai empat segi.
2. Doh digulungkan memanjang dan potong doh yang digulung tadi dengan benang (jangan guna pisau, nanti tak berapa menarik).
3. Biarkan sekejap selama 10 minit bagi kembang lagi. Kemudian boleh bakar sehingga warna golden brown.
BAHAN CREAM CHEESE FROSTING:
100gm cream cheese
100gm gula ising – beli online di sini
2 sudu besar mentega
Esen vanilla
CARA MEMASAK:
Sebatikan bahan ni sampai kembang. Kemudian sapukan pada cinnamon roll yang dah siap masak. Siap!

BELGIAN WAFFLE

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
⅓ cawan minyak
2 cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Kacau bahan-bahan kering sampai sebati.
2. Kemudian, masukkan bahan cecair kecuali putih telur. Kacau-kacau sampai tak berketul.
3. Putar putih telur sampai soft peak/ meringue, kemudian masukkan dalam adunan tadi. Bakar dengan menggunakan waffle maker. Siap.

Kredit resipi: Eyla Osman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur