Sedapnya Hokkaido Cupcake. Teksturnya yang gebu dan lembut memang tidak jemu dimakan. Lagi-lagi dengan isian fillingnya yang tidak terlalu manis. BAgi anda yang nak cuba buat sendiri Hokkaido Cupcke ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Sha Roziah Al Yahya ini. Dijamin puas hati.

RESIPI HOKKAIDO CUPCAKE SEDAP & GEBU

Jom Cuba! Resipi Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu

BAHAN A:

4 biji kuning telur
3 sudu besar gula kastor (gula kisar)
1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B:

4 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor (gula kisar) – beli online di sini
1 sudu kecil cream of tar tar @ 1 sudu kecil perahan lemon

BAHAN C:

½ cawan tepung gandum – beli online di sini
½ sudu kecil baking powder
Garam halus
2 sudu besar tepung jagung @ kastard – beli online di sini

Ads

BAHAN D:

½ cawan susu cair – beli online di sini
¼ cawan @ 5 sudu besar minyak masak – beli online di sini

CARA MEMBUAT:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, garam halus dan tepung jagung. Ketepikan.

2. Untuk bahan A, kacau-kacau guna whisk atau senduk sampai sebati.

3. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit. Kacau rata.

4. Masukkan minyak masak. Kacau lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.

Jom Cuba! Resipi Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu5. Mix bahan B selama 20 minit dengan hight speed sampai jadi meringue.
6. Ambil 1 senduk meringue tadi masuk dalam adunan dan kaup balik. Buat seterusnya sampai habis.
7. Masukkan adunan dalam cup 3/4 atau hampir penuh.
8. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C selama 5 minit. Masukkan cup dan turunkan suhu 160 atau 170C.

Jom Cuba! Resipi Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu9. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sampai permukaan perang. Boleh juga cucuk lidi untuk periksa sama ada sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih, tanda sudah masak.

BAHAN FILLING:

125g cream cheese
3 sudu besar gula aising (boleh lebihkan kalau nak manis)
2 sudu besar whipping cream @ susu cair (optional)

Jom Cuba! Resipi Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu

CARA MEMBUAT:

1. Mix sampai kembang dan tambah sedikit perahan lemon kalau nak masam sikit. Boleh abaikan kalau tak suka.
2. Masukkan whipping/susu cair bagi filling leleh-leleh sikit. Pilihan tak nak letak pun boleh.
3. Mix sebati. Masukkan dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan cup cake.

Jom Cuba! Resipi Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu

Ads

BAHAN KRIM KASTARD:

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad – beli online di sini
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (saiz L)
1 sudu besar mentega

CARA MEMBUAT:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.
Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel, taburkan gula icing dan siap dihidang.

Jom Cuba! Resipi Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu

Resipi asal: Azlina Ina
Dicuba oleh: Sha Roziah Al Yahya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Ads

2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Memang Terliur, Gulai Ayam Kelantan Sedak Sengoti!  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI