Jom Cuba Resipi Mi Rebus Tulang! Gerenti Sedap!

Share

Bosan dengan hidangan nasi dan lauk-pauk? Haa jom kita beralih ke menu mi pula iaitu mi rebus tulang..Sedap hingga menjilat jari taw..Selamat mencuba!

Resipi Mi Rebus Tulang

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging tetel lembu (direbus hingga lembut)
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 peket kecik taucu *
  • 1 sudu kerisik *
  • 2 biji keledek (direbus dan kisar)
  • 3 batang serai dititik
  • 2″ lengkuas dititik
  • ½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
  • Cili kering (ikut kepedasan sendiri. Direbus dan dikisar)
  • Garam
  • Sedikit gula melaka
  • Kiub daging

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan periuk. Tumis semua bahan yang bertanda * hingga wangi.
  2. Campakkan juga serai dan lengkuas. Kemudian masukkan tetel dan air rebusannya sekali.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan.
  4. Rasa garam dan bubuh sedikit perasa, jika suka.
  5. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Cili kering kisar ditumis asing dan masukkan ke dalam periuk bersama minyaknya.

Info: Untuk hiasannya, diperlukan telur rebus, daun sup, bawang goreng, cili hijau dan merah, tauhu digoreng dan dipotong dadu serta limau kasturi. Celur mi dan juga taugeh. Bubuh mi kemudian hias dengan bahan-bahan hiasan dan curahkan kuah. Kalau suka boleh juga dimakan dengan kicap.

Kredit resipi & foto: Juwita Jamaludin

 

 

Published by
Amanina