Kerang rebus memang sedap. Istimewanya kerang adalah boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja atau ratah.
Ada pelbagai cara untuk menikmati kerang rebus. Ada yang dimakan dengan air rebusan kerang sebagai kuah. Ada juga yang ditoskan kemudian dihidang dengan sos pencecah.
RASA kongsikan cara masak kerang rebus dengan sos bercita rasa Thailand.
BAHAN-BAHAN
1 kg kerang
5 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 biji cili api
Setengah cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
Daun limau purut (jika suka)
BAHAN-BAHAN SOS THAI
2 sudu sos tiram
2 sudu oren Sunquick – beli online disini
2 sudu sos ikan
CARA MEMBUAT
1. Kerang direbus sekejap. Angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tidak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulitnya.
2. Tumbuk kasar bawang putih, cili merah dan cili api.
3. Panaskan kuali, letak air setengah cawan. Biarkan air didih.
4. Masukkan semua bahan sos. Kacau rata.
5. Bila kuah dah likat, masuk bahan yang ditumbuk kasar tadi. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.
7. Masuk pula tomato dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.
8. Siap. Curah la pada kerang tu dengan penuh rasa kasih sayang.
KREDIT: facebook Liza Idris