Kalau makan nasi kandar, seakan tidak lengkap makan nasi kandar tanpa kuah hitam. Kuah Hitam di restoran nasi kandar memang sedap. Boleh sahaja kita buat sendiri. Dapatlah makan berulang-ulang. Melalui perkongsian Kuali Kak Has, resipi kuah nasi hitam yang dikongsikan ini didapati melalui Facebook pemilik restoran nasi kandar. Bagi penggemar nasi kandar, jom kita cuba buat resipi Kuah Hitam Nasi Kandar.
RESIPI KUAH HITAM NASI KANDAR
BAHAN ASAS: Daging atau ayam
BAHAN-BAHAN:
7 batang serai – diketuk 2 tangkai daun kari 3 sudu teh jintan manis – kisar kering –BELI ONLINE 1 sudu teh jintan putih – kisar kering –BELI ONLINE 3 sudu makan serbuk cili – boleh diganti dengan cili kisar mengikut anggarannya –BELI ONLINE 2 sudu makan rempah kari daging 1 sudu makan rempah kurma-BELI ONLINE 20 biji buah kurma dibuang biji dan direbus dulu 3 labu bawang besar – dihiris Kicap manis secukupnya 3 inci halia – dihiris dan kisar Air asam jawa secukupnya-BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kemudian masukkan serai. Goreng sehingga naik baunya.
3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga nampak layu dan masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.
4. Selepas itu, masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari. Kacau dan tuang air panas tiga cawan supaya rempah dapat masak elok. Tumis lagi sehingga naik minyak.
Ads
5. Masukkan kicap manis, buah kurma, halia kisar dan air asam jawa. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tambahlah sikit apa yang kurang. Misalnya kalau kurang manis boleh ditambah sedikit gula. Kurang masin tambah sedikit garam.
Ads
6. Akhir sekali masukkan daging atau lauk apa yang dipilih. Masak sehingga empuk.
Ads
7. Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang terbaik!
Ada ketikanya rasa teringin nak buat rendang tok tetapi kita selalu rasa payah dan remeh. Ni resipi asli yang boleh dicuba. Kalau buat bukan musim perayaan pun boleh. Jom buat hujung minggu atau untuk kenduri dan majlis bersama keluarga.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
Lauk asam pedas ni memang cukup menyelerakan. Rasanya pedas dan masam menjadikan asam pedas sebagai satu lauk yang sudah cukup bercita rasa untuk dimakan. Kalau kena gaya, tak perlu dah lauk lain. Cukup hanya semangkuk asam pedas boleh jadikan seseorang itu kenyang.
Selalunya orang akan masak asam pedas menggunakan ikan. Kini telah ada asam pedas ayam dan juga daging. Kali ini RASA kongsikan lauk asam pedas daging untuk korang semua.
ASAM PEDAS DAGING
Nampak sedap sungguh asam pedas daging ni.
BAHAN A
• Cili kering
• 3 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• Sedikit halia
• Lengkuas
• Kunyit hidup
• 1 batang serai
• Sedikit belacan
BAHAN B
• Minyak masak
• 2 batang serai (diketuk)
• Sedikit serbuk lada hitam
• 1 kg daging (hiris nipis)
• Garam dan gula secukup rasa
• Daun kesum
• Bunga kantan
CARA MEMBUAT
1. Kisar halus semua Bahan A sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan A. Tumis sampai garing dan terbit minyak.
3. Masukkan serai yang diketuk dan serbuk lada hitam.
4. Kemudian masukkan daging. Kacau bagi mesra. Masukkan air asam jawa. Masak sampai daging empuk.
5. Masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Akhir sekali baru masukkan daun kesum dan bunga kantan. Siap.
Teringin nak makan Cheesy Meatball malam ni? Ni ada resipi paling mudah perkongsian saudari Ain Aziz. Istimewa resipi ni tak payah masak guna ketuhar pun. Guna kuali je puan-puan. Anak-anak pasti suka sebab tak pedas. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASA CHEESY MEATBALL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Bebola daging sejukbeku – sebarang jenama
1 biji bawang besar – cincang
6 ulas bawang putih – cincang
1/2 botol sos pasta
Cendawan butang – hiris
3 keping keju cheddar
Parutan keju Mozarella secukupnya
Parsley kering secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan. 2. Masukkan bebiola daging. Kacau lagi hingga sebati. 3. Tuangkan sos pasta dan hirisan cendawan butang. Gaul rata. 4. Tambahkan keju cheddar dan mozarella. Biar hingga keju cair. 5. Tabur parsley. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!