Ramai yang bertanyakan resipi-resipi masakan Western yang dijual di restoran-restoran. Khas buat anda, RASA kongsikan tiga resipi makanan barat popular di negara kita. Jadi tak perlulah selalu makan di kedai. Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Senang je!
1. CHICKEN CHOP CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi paha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1 cawan tepung goreng ayam segera
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Sosej ayam
Potongan ubi kentang ( fries)
BAHAN SOS PERANG :
Ads
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | cincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan Demi Glace Brown Sauce ( serbuk sos perang) – boleh dibeli di pasaraya
1 sudu makan mentega
1/2 cawan air – untuk bancuh sos perang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara untuk menyediakan chicken chop, celup ayam dengan telur, kemudian gaul dengan tepung goreng ayam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
Seterusnya goreng sosej dan kentang. Angkat dan ketepikan.
Bagi menyediakan sos, panaskan kuali dan cairkan metega. Tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan serbuk sos perang yang telah dibancuh dengan air tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam secukupnya. Setelah kuah pekat, padamkan api.
Hidang ayam, sosej dan kentang goreng dalam pinggan.
Tuangkan sos dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF:Bahan sampingan Chicken Chop boleh pelbagaikan ikut citarasa. Anda boleh tukar dengan coslow, kentang putar atau salad.
2. FISH & CHIP
BAHAN PERAPAN IKAN DORI:
4 keping ikan dori
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit perahan jus lemon
BAHAN SALUTAN IKAN DORI:
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Garam secukup rasa
1 cawan serbuk roti
Minyak masak | untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Ads
Sosej
Kentang goreng
Mayones
Sos cili
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan perapan ikan dori, keringkankan ikan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu dapur.
Kemudian lumurkan dengan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Perahkan jus leman. Perapkan seketika.
Untuk menyediakan bahan adunan ikan, satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
Masukkan air sedikit demi sedikit kacau hingga sebati dan tidak berketul.
Panaskan minyak masak. Sementara itu, celup ikan dori ke dalam adunan tadi.
Lumur ikan dengan serbuk roti. Gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti.
Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak dan oreng hingga keemasan.
Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayones.
INFO CHEF:Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tepung segera untuk perap dan salut ikan dori sebelum digoreng.
3. SPAGETI MEATBALL MOZA
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti | rebus hingga masak
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | potong dadu
500gm daging kisar
1/2 batang lobak merah | potong dada halus
4 biji cendawan butang | potong dadu
250gm puri tomato
250gm sos tomato
½ cawan susu segar
1 cawan air
Sedikit Italian Herbs
1 kiub stok@pati daging lembu
100gm mozarella
10 biji meatball / bebola daging
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng meatball hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar, terus kacau hingga daging bertukar warna keperangan.
Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, cendawan butang dan tomato.
Setelah sayur layu, masukkan sos tomato, puri tomato, air dan susu, Kacau hingga sekata.
Apabila mendidih, masukkan Italian Herbs dan stok daging lembu. Tambahkan sedikit garam jika tidak masin.
Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga kuah pekat.
Letak spageti dalam pinggan hidangan dan tuangkan kuah bolognese di atasnya.
Akhir sekali taburkan keju mozarella serta meatball. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang selama dua minit untuk mencairkan keju.
Sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF:Anda boleh juga mengguna kuah Carbonara untuk resipi dan cara memasak yang sama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sesekali pekena pecal memang sedap. Sebab kaya dengan rasa kuah kacang yang lemak pedas digaul dengan pelbagai jenis sayur dan isian, hemm… Memang terangkat. Cuba korang bayangkan bila kuah pecal selain digaul dengan sayur-sayuran, rupanya pecal sedap juga bila ditambah telur, mi dan ayam. Kalau korang lebih kreatif boleh je tambah dengan isian lain, ikut selera korang.
KUAH PECAL:
BAHAN KUAH KACANG:
200gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
4 sudu besar gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih |dihiris
3 biji bawang merah |dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya |untuk membancuh sambal kacang
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati, tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
Sedia hidangkan dengan bahan isian ikut cita rasa.
PECAL SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
50gm timun |dihiris memanjang
50gm lobak merah |dihiris memanjang
50gm sengkuang |dihiris memanjang
500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sayuran yang dicelur dan dihiris halus di dalam pinggan hidangan.
Kemudian tuangkan kuah pecah di atasnya dan gaul rata.
Pecal sedia dihidangkan. Atau boleh saja dihidangkan secara berasingan.
PECAL MI CAMPUR SAYUR
BAHAN-BAHAN
200gm mi kuning | dicelur
50gm tempe | dihiris dan goreng
50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
Sedikit tauge | dicelur
Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm
500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
Hidangkan bersama kuah kacang.
Gaul sekali dengan kuah baru hidang pun boleh.
PECAL AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
50gm lobak merah | diparut halus
50gm sengkuang | diparut halus
300ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan sayuran dan isi dadaa yang yang telah digoreng dalam pinggan.
Kemudian hidangkan dengan kuah pecal.
Jika ingin terus makan boleh saja tuangkan kuah atas bahan hirisan dan gaul rata.
PECAL NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
Sedikit hirisan timun
300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
Masukkan campuran nangka muda dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah kacang di atasnya dan hidangkan.
PECAL TELUR KENTANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
50gm lobak merah | diparut kasar
50gm timun | diparut kasar
300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan isian dalam pinggan.
Kemudian hidangkan bersama kuah pecal.
PECAL TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 tiup tauhu Jepun | dihiris bulat
1 biji telur
50gm lobak merah | diparut halus
50gm sengkuang | diparut halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tauhu yang telah dicelup telur hingga kuning keperangan
Hiris dan susun dalam piring bersama parutan lobak merah dan sengkuang.
Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.