Jom Masak Secara Sihat Tanpa Minyak Dengan COSORI Air Fryer!

Share

Rasai pengalaman menarik dalam menyediakan makanan sihat untuk keluarga dengan menggunakan COSORI Air Fryer yang terbaharu!

Ikan talapia masak dengan cantik dengan menggunakan COSORI Dual Blazer

Didatangkan dengan dua model, Premium Smart Air Fryers (5.5L) dan juga Dual Blazer (6.4L), produk yang menjadi nombor satu di Amerika Syarikat ini, menggunakan teknologi Thermo IQ

yang menjadikan kawalan suhu lebih tepat dan dilengkapi dengan skrin sentuh LED.

Chef Sherson Lian menunjukkan demo masakan ringkas menggunakan COSORI Dual Blazer, pada majlis pelancaran di Mont Kiara. 

Selain tidak membuatkan dapur berkecah dan berminyak, COSORI Air Fryer ini boleh dikawal secara pintar iaitu dengan memuat turun aplikasi Vesync dan diaktifkan menggunakan suara melalui Google Assintant.

Sayuran seperti terung ini masak dengan cantik dan nampak menyelerakan.

Nah, menariknya, COSORI Air Fryer

ini boleh muat untuk memasak satu ekor ayam yang seberat 2.27kg! Tak perlu lagi untuk memotong secara bahagian dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Menurut Pengarah Cosori Asia Tenggara, Oscar Mei, mereka mahukan pengguna yang menggunakan COSORI Air Fryer merasai setiap pengalaman memasak seperti profesional walaupun sibuk dengan urusan seharian di pejabat.

Chef Sherson Lian bersama tetamu VIP yang lain selepas majlis pelancaran di Mont Kiara.

Istimewa buat rakyat Malaysia, COSORI Premium 5.5-Litre Air Fryer (model:CP158) dijual dengan harga RM449 (harga biasa: RM499) dan COSORI Dual Blazer 6.4L Smart Air Fryer (model: CAF-P583S) dengan harga RM699 (harga biasa RM809).

Tawaran menarik ini sah sehingga 31 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, boleh layari COSORI Official Website atau Facebook COSORI Malaysia.

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff