Cuti sekolah yang panjang ni pasti mak-mak nak kena fikir lebih sikit nak masak apa.. Kalau hari persekolahan tak payah fikir snek atau dessert waktu petang, ni tengah cuti kenalah masak ekstra menu.. Masuk dalam bekas kedap udara atau simpan dalam peti sejuk, jadi anak-anak waktu petang tak lah ‘kelaparan’.
Posing penuh gaya
Ni ada resipi hebat dari team chef dan pengajar dari Pusat Pengajian Makanan dan Seni Kulinari, Taylor’s University iaitu Chef Massyittah Omar, Chef Nur Syirin Mohd Said, Chef Zaishahrizal Zamani, Chef Azuralisa Mohd Ghazali, Chef Mohd Zamri Idri dan Chef Norrizan Ramudin.
Nah ini dia resipinya…
MATCHA KASUTERA (JEPUN)
BAHAN-BAHAN :
8 biji telur
300 gm gula kaster
200 gm tepung roti | diayak tiga kali
1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
100ml susu
4 sudu makan madu
*sedikit mentega untuk menggris dasar loyang pembakar
CARA MEMASAK :
Sediakan loyang segi empat tepat.
Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°c.
Panaskan susu dan madu.
Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit.
Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang.
Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan
INFO CHEF : Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.
CHERRY PUDDING CLAFOUTIS ( PERANCIS)
BAHAN-BAHAN :
300gm ceri hitam segar | dibelah dua dua dan buang biji
50gm badam hiris
3 biji telur
150gm gula
60gm tepung kek
150ml susu
150ml krim
1sudu teh esen vanila
Garam secukup rasa
20gm mentega untuk sapuan
50gm krim putar
10gm gula aising
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C.
2 .Sapukan mentega pada acuan seramik berukuran 12 inci dan ayak sedikit tepung. Tabur badam hiris dan buah ceri di bahagian tengah acuan.
Ads
Membuat adunan telur:
Pukul telur dan tepung hingga sebati. Lebih mudah jika menggunakan pengisar.
3. Satukan susu, krim, gula, vanila dan garam dalam periuk. Panaskan campuran dengan api kecil sehingga gula cair.
4. Gabungkan campuran susu panas sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan tersebut.
5. Tuang adunan ke dalam acuan seramik, letakkan ceri dan badam.
6.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 40 minit atau sehingga bahagian atasnya kental apabila disentuh dan berwarna perang.
7. Keluarkan dari ketuhar untuk dan biarkan sejuk selama 15 minit.
8. Puding Clafoutis akan mengecut sedikit apabila sejuk.
9. Setelah itu, keluarkan dari acuan dan potong mengikutkesukaan anda.
10. Susun di atas pinggan, taburkan gula aising dan hiaskan dengan krim putar diatasnya.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Ads
Jenis masakan : Puding
Keistimewaan : Lebih sedap dimakan bila dihidangkan suam atau pada suhu bilik
INFO CHEF : Ceri segar boleh digantikan dengan ceri tin. Buah ceri perlu tapis jusnya dan dikeringkan di atas tuala kertas sekurang-kurangnya 5 minit. Puding ini akan tahan selama 3 hari jika disimpan dalam bekas yang ditutup rapat dan diletakan dalam peti sejuk.
MELKTERT (AFRIKA SELATAN)
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit pastri :
100gm mentega
20gm gula halus
Garam secukup rasa
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
200gm tepung gandum | campur dan ayak
1gm serbuk penaik
Bahan untuk inti :
250gm susu segar
1 batang kulit kayu manis
2 biji kuning telor
65gm gula
35gm tepung jagung
80gm krim putar
CARA MEMASAK :
Cara masak kulit pastri :
1. Pukul mentega dengan gula halus hingga ringan.
2. Masukkan garam dan essen vanilla.Kacau rata.
3. Masukkan telor.Kacau hingga sebati .Akhir sekali masukkan tepung gandum
Ads
4. Uli hingga menjadi doh.
5. Simpan dalam peti ais lebihkurang 5 minit.
6. Akhir sekali tekankan doh dan ratakan di dalam dan keliling acuan tat dan bakar hingga masak 180°C selama 15-20 minit.
Cara masak inti :
Didihkan susu dengan kayu manis.
Di dalam satumangkok ,campurkkan kuning telor ,gula dan tepungjagung .Pukul hingga sebati.
Satukan susu dengan campuran kuning telor tadi.Kacau rata.Keluarkan kayu manis .
Kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
Akhir sekali masukkan whip cream dan kacau hingga sebati.
Isi inti didalam acuan tat yang telah di masak tadi.Sejukkan
Hidangkan dengan hiasan serbuk kulit kayu manis, gula aising dan krim putar.
Saiz hidangan : 25 biji tat
Masa memasak : 1 jam15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Tart
Keistimewaan : Sajian pencuci mulut moden yang disukai masyarakat setempat
INFO CHEF : Melktart adalah nama Afrika Selatan untuk milk tart atau tat susu. Kulit pastri manis dengan intinya lemak berkrim yang dibuat dari susu, tepung, gula dan teluk.
Olah daging burger dengan memberi rasa yang lebih enak. Hanya tambah beberapa bahan seperti sos sambal, sos cili, dan kicap lemak manis untuk menjadi hidangan yang baru.
SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger | potong empat
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap lemak masin
5gm serbuk sos perang
2 ulas bawang putih | cincang halus
50ml air
1 sudu makan mentega
1/2 biji bawang besar | cincang halus
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Rasa sedikit pedas, masin dan masam yang seimbang Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Goreng dan tumis Anggaran kos: RM8.00
Selalu lebihan nasi yang tak habis paling rajin buat nasi goreng tapi kalau malas laju jer masuk ke dalam tong. Bagi mengelakkan pembaziran, elok lebihan nasi itu di buat kuih Apam Nasi. Ramai yang tidak tahu resipi kreatif yang dikongsikan ini. Cuba buat dulu kuih ini, gerenti tak percaya kesedapan apam nasi ni!
RESIPI APAM NASI VIRAL
KISAR:
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula
AYAK:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan 11g
CARA MASAK:
Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
Kukus sehingga masak.
Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!