Ternyata hasil usaha keras Khairulaming menjual Sambal Nyet Berapi berbaloi apabila berjaya meraih keuntungan mencecah RM21.5 juta selepas dua tahun ia berada di pasaran. Memang luar biasa!
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, sebanyak 1.5 juta botol sambal terjual bersamaan RM21.5juta. Jualan pada tahun pertama adalah sebanyak RM7.5 juta dan meningkat ke RM14 juta pada tahun kedua.
Bukan itu saja, Sambal Nyet juga telah menerima dua anugerah istimewa daripada Shopee iaitu Best New Seller dan Best Customer Service.
Khairulaming turut berkongsi cara mereka menjaga kualiti Sambal Nyet sehingga berjaya mendapat tempat di hati para pelanggan.
Terima 1000kg Bahan Basah Setiap Hari
“Setiap hari, kita akan terima bahan basah yang segar daripada supplier lebih kurang dalam 1000kg bawang dan cili. Kita akan periksa one by one untuk pastikan semuanya segar dan okay, barulah kita simpan di dalam cold storage room.
Keesokan harinya, team kitchen akan keluarkan bahan-bahan ini dan kita akan mulakan proses timbangan. Semua kena timbanglah, kalau tak timbang nanti salah masak pula. Kemudian, kita kan mulakan proses cucian. Kita akan cuci berkali-kali supaya semua bahan ini bebas daripada segala kotoran,” jelas Khairulaming.
Pastikan Sambal Betul-Betul Masak
Seterusnya, proses masakan bermula. Proses ini akan mengambil masa selama beberapa jam untuk memastikan sambal betul-betul masak sebelum dipindah ke department yang seterusnya iaitu Bahagian Bottling.
Di dalam bahagian inilah Sambal Nyet akan dimasukkan ke dalam botol kaca dan ditutup. Bila semua sudah siap, barulah dipindah ke bahagian yang seterusnya iaitu Bahagian Boiler.
Ads
“Semua sambal ini akan terus lalu Bahagian Boiler yang panjang ni dan bila dah siap, sambal akan pergi ke deparment yang terakhir iaitu Department Sealing. Kita akan letak seal pada penutup botol kaca dan kita akan letak labelling,” tambahnya lagi.
5 Ribu Botol Terjual Setiap Hari
Selepas semuanya selesai, mereka akan memeriksa setiap botol untuk memastikan semuanya sempurna. Setiap hari, sebanyak 5 ribu botol Sambal Nyet terjual. Proses penghantaran juga akan dilakukan pada hari yang sama. Wow, memang gempak!
Untuk tahun 2023 ini, kilang kedua yang terletak di Kota Bharu, Kelantan telah beroperasi sepenuhnya untuk memberi fokus pada produk kedua mereka.
Apa pun, tahniah kepada Khairulaming. Semoga perniagaan terus maju dan berkembang dari masa ke masa.
Kredit gambar & video: IG Khairulaming & Sambal Nyet
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Ads
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI