Jumpa Resipi Kek Batik Coklat Cheese Sedap, Terus Tak Pandang Yang Lain

Share

Ada banyak versi kek batik. Tapi kalau dah jumpa yang menjadi favourite, mesti dah tak nak buat yang lain. Contohnya kek batik coklat cheese ini.

Seperti yang dialami wanita ini, Mas Dalina, tidak berpaling dengan resipi kek batik lain selepas dah jumpa yang kena dengan selera.

Lagi-lagi bila kek batik yang dibuatnya, menjadi favourite anak-anak juga.

 

KEK BATIK COKLAT CHEESE

LAPISAN BAWAH:

2/3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar – beli online di sini
250g mentega (saya guna Anchor) – beli online di sini
250g susu pekat (lebih kurang ½ tin, ikut kemanisan masing-masing) – beli online di sini


125g milo – beli online di sini
3 sudu besar serbuk koko (saya guna callebaut)
½ sudu kecil serbuk nescafe (saya tak letak)
Biskut marie (lebih kurang 2 peket sekali dengan lapisan atas nanti) – beli online di sini

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Alas loyang (saya guna 8″x2″) dengan plastik atau aluminium foil. Saya suka guna aluminium foil sebab lebih stabil. Guna tupperware pun boleh.


2. Masak air dan agar-agar. Kacau hingga larut dan mendidih.
3. Masukkan mentega, gunakan api paling kecil. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati.


4. Masukkan serbuk koko. Gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Padam api.
5. Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah sehingga adunan habis lapisan biskut yang terakhir. Boleh simpan dalam peti.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

LAPISAN ATAS

Biskut marie – beli online di sini
200ml susu segar | dipanaskan
250g cheese cream (suhu bilik)


10ml susu segar
½ cawan gula halus – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. Panaskan 200ml susu segar, padamkan api.
3. Keluarkan loyang berisi kek batik tadi. Percikkan sedikit susu suam-suam panas tadi ke atas biskut lapisan atas.


4. Sapukan adunan cheese menutupi lapisan biskut.
5. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suampanas), terus susun dalam bekas (celup 1 saat je)
6. Sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Boleh kisar lebihan biskut dan taburkan atas lapisan cheese. Saya ayakkan serbuk milo saja.
7. Simpan semula di dalam peti. 1-2 jam dah boleh potong dah. Tak perlu semalaman.

Kredit resipi: Mas Dalina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff