Sirap delima itu boleh dibuat lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan apabila hendak digunakan. Menjimatkan masa.

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 180ml jus delima tanpa gula
  • 200gm gula pasir
  • 1 liter air soda
  • 50ml jus limau
  • 1 biji buah delima
  • Ketulan ais secukupnya

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat sirap delima, mula-mula panaskan jus delima di dalam periuk kecil. Guna api yang sederhana besar. Masak sekitar lima minit. Alihkan dari dapur.
  2. Kemudian masukkan gula ke dalam kuali berisi jus tadi dan kacau hingga ia cair, kira-kira lima minit lagi. Biarkan sirap sejuk lebih kurang 30 minit.
  3. Kemudian masukkan ia ke dalam peti sejuk selama sejam untuk sejukkan.
  4. Tuang sirap sejuk itu ke dalam enam biji gelas, masukkan beberapa ketulan air. Kemudian tambah air soda dan jus limau.
  5. Tambah biji delima ke dalam minuman untuk lebih cantik. Hias dengan daun pudina.
  6. Sedia dihidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI