
Jus ini sangat bagus bagi melegakan selsema dan juga batuk berkahak. Ia juga boleh mengembalikan kesegaran dan memberi tenaga untuk tubuh badan.
BAHAN-BAHAN:
- 300ml air putih
- 2 biji limau kasturi | diambil jus
- 1 biji lemon | diambil jus
- 1 inci halia | dihiris
- Madu secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga bahan-bahan menjadi halus dan sebati. Amalkan meminum jus ini untuk mencegah selesema anak.
- Jika mahukan rasa yang lebih segar, sejukkan seketika di dalm peti sejuk sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 3 Menu Buah Naga Yang Sedap & Berkhasiat, Nak Cantik & Sihat Boleh Cuba Ye!

Buah Naga kaya dengan manfaat kecantikan dan kesihatan. Kandungan antioksidan dan vitamin C nya dikatakan mampu mengekalkan keremajaan kulit serta menentang radikal bebas dalam tubuh yang boleh menghalang pertumbuhan sel kanser.Kandungan karotena turut dikaitkan dengan antikarsinogenik yang membantu menjauhi pertumbuhan tumor. Sementara warna merah pada buah naga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser prostat.Paling penting, buah Naga membantu mengurangkan kolestrol dan mengurangkan masalah berkaitan jantung.
Kandungan serat dalam buah naga pula membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Oleh itu, pengambilan buah naga secara rutin membantu menjauhi penyakit diabetes dan melancarkan proses penghadaman, mengurangkan masalah sembelit dan segala masalah berkaitan usus.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan, selain dimakan begitu sahaja, buah Naga juga boleh dijadikan jus, puding ataupun kek. Berikut tiga menu berasaskan buah naga RASA kongsikan bersama pembaca semua.
PUDING BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 10 gm serbuk agar-agar
- 4 cawan air
- 3/4 cawan gula
- 1 tin susu cair (400 ml)
- 1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga
CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
- Tutupkan api.
- Masukkan susu cair. Kacau rata.
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
- Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
- Sejukkan dalam peti sejuk.

KEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung kek/superfine
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan buttermilk
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu teh pewarna merah
- 1/2 cawan mentega cair
- 1/2 cawan buah naga lecek
- sedikit buah naga didadu
- 1 biji telur A
- Esen vanila
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
- Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
- Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
- Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
- Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
- Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
- Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.

JUS BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah naga
- 1 tin aiskrim soda
- 5 sudu makan susu pekat manis
- 1 gelas ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kupas buah naga dan potong kiub.
- Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
- Kisar hingga hancur.
- Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.
Ais Krim Soda Sakura, Rasa Masam Manis yang Buat Hari Pun Ceria!

Comel dan menyelerakan ais krim soda sakura ni.Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan.
Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis.Jika ada yang nak mencuba boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Cik Fieyza.
AIS KRIM SODA SAKURA
Bahan-bahan:
1 tin laici dalam tin
1 botol air aiskrim soda
Air gula – tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang.
1 sudu tepung jagung (larutkan dengan air)
Plastik aiskrim
Pewarna pilihan
Cara membuat:

1.Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.

2.Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.




3.Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.

4.Siap untuk dinikmati.
Kredit: Novelis Affieyza Isahak
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan Plastik Aiskrim Sekarang
Buat aiskrim sendiri di rumah! Plastik Aiskrim ni senang isi & tak mudah bocor.
Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Aduh, sakit betul bila senggugut datang. Bukan sahaja menjejaskan mood, malah ia juga boleh mengganggu rutin harian. Anda dah cuba pelbagai cara tapi sakit masih tak kurang? Apa kata cuba amalkan empat jenis jus ini, harap ia berkesan dan membantu untuk meredakan kesakitan senggugut anda.
JUS CAMPURAN NANAS DAN LOBAK MERAH

Gabungan buah nanas dan lobak merah yang manis dan segar ini bukan hanya boleh meredakan sakit perut tetapi juga membantu anda rasa lebih selesa semasa haid. Ia kerana nanas mempunyai kandungan bromelain yang membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih relaks, sementara kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak merah baik untuk kesihatan tubuh.
BAHAN-BAHAN:
- 1 potong nanas
- 2 batang lobak merah – beli online DISINI
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan madu | jika suka – beli online DISINI
CARA MEMBUAT:
- Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
- Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
- Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.
JUS CAMPURAN EPAL, LOBAK MERAH DAN OREN

Campuran epal, lobak merah dan oren bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi juga enak dibuat jus. Anda wajar amalkan jus ini semasa haid kerana ketiga-tiga buah berikut kaya dengan vitamin C yang berfungsi membantu mencegah peradangan. Secara tidak langsung, ia mampu mengurangkan rasa sakit senggugut.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji epal hijau
- 2 biji oren | buang kulit dan biji
- 4 batang lobak merah
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Kisar halus dan tapis airnya.
- Sedap diminum secara sejuk.
JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT

Buah avokado dikatakan pereda senggugut yang baik kerana kandungan isinya berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga kaya dengan vitamin B6 yang membantu mencegah mood swing dan sakit-sakit badan. Ditambah dengan buah bit yang kaya dengan zat besi. Semasa haid, tubuh kehilangan beberapa mineral termasuk zat besi. Dengan mencampurkan buah ini, ia mampu menggantikan zat besi yang hilang itu.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah bit | saiz sederhana
- 1/2 biji isi buah avokado
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 1/2 susu rendah lemak atau air
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.
JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM

Salah satu jus yang wajib anda cuba adalah jus campuran pisang dan bayam. Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu mengelakkan kembung. Ini kerana semasa senggugut, keadaan menjadi lebih teruk bila disertai dengan perut kembung. Sementara bayam merupakan antioksida yang berupaya menjadikan metabolisma badan menjadi lebih baik.
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan daun bayam mentah
- 2 biji pisang | saiz sederhana
- 150ml yogurt vanila
CARA MEMBUAT:
- Campaurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar halus.
- Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.
Anda mencari JUICER? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Jus Sawi Nanas. Minuman Sedap Ikhtiar Untuk Kawal Kolesterol
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

