Rasanya masam-masam manis. Sejuk pulak tu. Huisyh memang terliur nampak air ni terutama time bulan puasa. Moh ler kita belajar buat macam mana nak bagi sedap. Jangan lupa, kena ada madu tau.
AIR LIMAU KASTURI ASAM BOI
Bahan-bahan
• 1 cawan air panas
• 15 biji asam boi
• 8 sudu besar madu lebah
• 20 biji limau kasturi
• 1 peket selasih (direndam air panas).
• 1 liter air sejuk
• Ais batu secukupnya.
Cara membuat
1. Dalam jag, isi air panas. Satukan asam boi, madu, perahan limau kasturi dan limaunya serta selasih. Kacau sebati.
2. Masukkan air sejuk dan ais mengikut keperluan.
3. Siap untuk dinikmati. Segar anak tekak.
Resipi oleh Esma Faris dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu Halia Homemade, Sedap dan Berkhasiat
Tak kira masih muda atau sudah berusia, masalah angin dalam badan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Jika anda kerap rasa sebu, itu adalah salah satu tanda anda mempunyai masalah angin dalam badan. Masalah angin dalam badan memang kerap berlaku apatah lagi dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. Angin yang ada dalam badan membuatkan kita rasa tak sedap badan.
Selalunya apabila rasa tak sedap badan, kita akan rasa lenguh kaki, sengal badan, rasa nak sendawa tapi tak lepas sebab tersekat-sekat. Perut pulak rasa sebu je. Inilah antara tanda badan kita ada angin.
Antara tanda badan banyak angin adalah:
– Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
– Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
– Tapak tangan dan kaki rasa sejuk
– Selalu menguap dan mudah rasa mengantuk
– Sukar untuk bernafas dan nafas rasa pendek
– Rasa tegang pada bahagian tengkuk dan pinggang
Kalau korang ada tanda seperti di atas, cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Norma melalui facebooknya.
SUSU HALIA
BAHAN-BAHAN
Satu kotak susu segar (BELI DI SINI)
4 cm halia (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Halia dihiris nipis-nipis dan renehkan dengan susu tadi.
2. Guna api perlahan, kacau sehingga susu mendidih.
3. Padam api dan biarkan susu menjadi suam.
4. Sedia untuk diminum. Seeloknya minum ketika susu masih suam dan jangan biar sampai susu sejuk.
MANFAAT MINUM SUSU HALIA
1. Berkesan mengeluarkan angin melalui sendawa dan kentut.
2. Boleh diminum bila-bila masa tak kira sama ada waktu pagi, petang atau malam.
3. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Sumber resipi dan petua daripada Wan Norma
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Lelaki Ini Olah Roti Jadi Biskut Kering Bergula, Kreatif Sungguh!
Jom tengok video ni
Petua Buat Teh Tarik Sedap & Super Kaw! Kedai Mamak Pun Kalah.
Suka minum teh tarik? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurdeanna Affendi ni. Mudah, sedap, kaw dan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak. Memang terbaik!
TEH TARIK SUPER KAW
BAHAN-BAHAN:
- 3 liter air
- 5 sudu makan serbuk teh
- 5 uncang teh cap 888 serbuk wangi
- 3 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh garam halus
( bahan-bahan diatas boleh agak-agak. Jangan takut letak lebih bahan sampai dapat rasa ‘kaw’ yang diingini.)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sampai menggelegak. Masukkan semua teh, kacau dan biarkan 5 minit.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau lagi dan biarkan masak dalam 5 minit.
3. Rasa air. Tambah bahan yang diperlukan sampai dapat rasa yang diingini.
4. Angkat dan boleh ‘tarik’ sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurdeanna Affendi
Resipi Sirap Fanta Hijau. Ini Bahan-Bahan Untuk Buat Bancuhan Pati Yang Sedap
Minuman Sirap Fanta Hijau ni memang sedap dan antara minum popular disajikan bila tiba musim perayaan. Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana nak hasilkan pati sirap ini, caranya mudah sahaja. Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Satu adunan ini boleh dapat sekitar 4 liter pati. Banyak dan boleh bancuh banyak kali. Nak sedekah pada jiran-jiran pun boleh. Sangat berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PATI SIRAP FANTA HIJAU
BAHAN-BAHAN:
330ml pati Oren Sunquick
3kg gula (beli online disini)
1/2 botol pewarna hijau apple @ pandan paste (beli online disini)
1/2 botol esen pisang
1 helai daun pandan – disimpul
2 liter air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.
2. Masukkan gula.
3. Seterusnya masukkan pati oren dan perasa pisang.
4. Tambahkan juga pewarna hijau epal / pandan paste.
5. Kacau sebati dan masak sehingga semua bahan bercampur sempurna.
6. Biarkan warna menjadi seperti ini dan kacau sentiasa supaya gula larut. Padamkan api dan sejukkan pati.
7. Untuk menyimpannya, bila pati Sirap Fanta Hijau sudah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam bekas atau botol yang bersesuaian.
8. Untuk menikmati minuman enak ini, caranya ialah dengan memasukkan ais ke dalam gelas, masukkan pati sirap angggaran 2 sudu makan, Tambahkan air dan kacau sebati.
9. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Pati sirap Fanta Hijau ini boleh dapat dalam 4 liter. Jika mahu buat dalam jumlah sedikit, boleh bahagikan bahan kepada separuh.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official