Mudah dan sedap. Bolehlah buat kudapan tatkala menonton televisyen sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni di rumah. Nak membuat pun senang sahaja. Melalui facebook, Akmar MW berkongsi resipi membuat kacang goreng pedas.
KACANG GORENG PEDAS
Ads
BAHAN-BAHAN
1 kg kacang tanah (basuh dan keringkan)
1 biji telur ayam
1 cawan tepung Bestari pedas
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan kacang tanah dengan telur ayam sehingga rata.
Ads
2. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata.
Ads
3. Panaskan minyak masak
4. Goreng dalam minyak panas dan api perlu dipasang sederhana sahaja.
5. Kacau-kacau supaya kacang tanah masak sekata dan tidak hangus.
6. Angkat dan toskan minyak.
7. Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.
Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Andai ke pasar malam, Yong Tau Fu ni antara hidangan yang popular. Keenakan hidangan ini terletak pada sosnya yang sedap. Nak cuba buat sendiri? Ini resipi yang anda perlukan.
RESIPI KUAH HITAM YONG TAU FU
BAHAN-BAHAN:
11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
1 ruas kelingking belacan bakar
1 sudu teh petis @ otak udang
1 keping gula melaka kelantan @ nise
2 sudu besar minyak bijan (utk bau harum dan kilatkan kuah)
1 sudu teh cuka makan
Kicap pekat utk warna hitam
Tepung jagung utk memekatkan.
Garam & gula secukup rasa.
CARA MEMASAK:
Cili kering di kisar bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tak ada biji-biji cili kering.
Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
Pancake Sambal Bilis Berkeju ni memang sesuai untuk hidangan sahur anda. Cara membuatnya ringkas pun saja. Adunan dan Sambal Bilis boleh buat sebelum tidur dan anda boleh masak masa nak bersahur nanti. Memang kenyang dan tak terasa lapar seharian. Nak hidangan lebih ‘wow’, gunakan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Rasa macam makan di restoran! Cubalah.
PANCAKE SAMBAL BILIS BERKEJU
Bahan-Bahan:
230gram tepung naik sendiri – ayak
125gram Fernleaf Susu UHT
100gram Perfect Italiano Perfect Bakes
125gram Fernleaf Yogurt Asli
2 sudu makan minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh garam
Bahan-Bahan Sambal Bilis:
100gram ikan bilis – cuci dan goreng garing
1 mangkuk kecil cili kisar
4 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 labu bawang besar – potong bulat
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal bilis; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan telur, minyak jagung, Fernleaf Yogurt dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Pukul hingga semua bahan sebati. Masukkan tepung naik sendiri dan garam. Kacau dengan spatula hingga jadi bancuhan yang agak likat. Rehatkan bancuhan selama 5 minit.
Untuk memasak pancake; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan pancake. Letak sesudu sambal bilis di bahagian tengah dan tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Bila bahagian bawah pancake telah perang, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga perang. Masak hingga semua bahan habis.
Angkat pancake dan letakkan di pinggan. Hidangkan panas.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.