Mulut terasa nak mengunyah. Dapat kunyah kacang sedap juga ni sambil layan cerita korea. Kalau kacang yang beli rasa umpph kurang, apa kata buatnya sendiri dengan rasa pedas dan masin yang seimbang. Buatnya pun mudah.
Bahan-bahan:
- Kacang kuda- direndam semalaman sebelum tidur ( Bangun pagi rebus letak secubit garam)
- Butter atau minyak
- Bawang putih dan bawang rose kecil-BOLEH BELI DI SINI
(Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak) - Daun kari-BOLEH BELI DI SINI
- Cili kering-dikisar-BOLEH BELI DI SINI
- Garam dan gula serta serbuk perasa secukupnya
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih dan bawang rose hingga kekuningan.
2.Masukkan cili kering. Tumis hingga naik bau. Cili hendaklah dimasak elok.
3.Masukkan garam, gula dan perasa(jika suka)Kak letak kunyit serbuk sikit. tak letak pun tak pa.
4.Nak letak ikan bilis goreng pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
5.Letak kacang kuda yang direbus. Kacau dan angkat.
Kredit : Al Ulfah II
ADA YANG MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR KEK ATAU BISKUT, BOLEH KLIK DI SINI.
Tak Tipu, Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy. Memang Puas Makan
Sate Ayam ni merupakan salah satu hidangan yang jadi kegemaran ramai. Jika keluarga besar dan ramai, sangat berbaloi andai dihasilkan sendiri. Risau hasilnya tak sedap? Jangan khuatir, boleh cuba resipi perkongsian Kiran Kiran ni. Sangat mudah dan dijamin puas hati. Lihatlah cucuk ayamnya, besar dan nampak enak sekali. Sekali makan, puas hati. Siap dengan resipi Kuah Kacang juga. Selamat mencuba!
CARA MASAK SATE AYAM YANG SEDAP & BERJUS. MUDAH JE RESIPINYA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – ambil isi
1 sudu makan ketumbar – sangai (*) – beli online disini
2 sudu makan jintan manis – sangai (*) – beli online disini
1 sudu makan jintan putih – sangai (*) – beli online disini
1 inci halia (*)
1 inci kunyit (*)
3 biji bawang Holland (*) – beli online disini
1 labu bawang putih (*)
6 batang serai (*)
5 keping nise atau gula kabung – masak dengan segelas air – beli online disini
3 sudu asam jawa tanpa biji – beli online disini
Gula dan garam secukupnya
Lidi satay untuk mencucuk
CARA MEMASAK:
1.Potong isi ayam berbentuk kiub. Rangka ayam boleh dimasak gulai. Jika nak mudah, boleh beli dada ayam sahaja. Kemudian basuh dan toskan airnya hingga kering.
2. Sementara itu sangaikan ketumbar, jintan manis dan jintan kemudian kisar lumat semua bahan yang bertanda (*).
3. Dalam bekas besar, satukan isi ayam dan ramuan yang dikisar tadi.
4. Kemudian masukkan garam, gula, air nise @ gula kabung dan asam jawa.
5. Gaul rata semua bahan supaya tekstur isi ayam atau daging (jika nak campur) menjadi lembut dan mesra dengan rempah.
6. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicucuk dan dibakar.
RESIPI KUAH SATE
BAHAN-BAHAN:
1/2kg kacang tanah – goreng & kisar kering @ tumbuk – beli online disini
2 biji santan kelapa
Serai – diketuk
Air asam jawa secukupnya
6 keping gula nise (gula melaka)
Garam dan gula putih biasa secukupnya (kuah kena mais baru sedap)
BAHAN KISAR HALUS:
Bawang holland
Cili kering
Lengkuas
Jintan manis
Jintan putih
CARA MEMASAK:
1.Tumis kesemua bahan yang dikisar tadi kecuali kacang tanah dan serai hingga garing dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kisaran kacang tanah. Biarkan mendidih sekejap.
3. Bila nampak sempurna, masukkan bahan-bahan lain dan ubah suai rasa ikut selera masing-masing.
4. Bila kuah kacang sudah pecah minyak, angkat dan hidangkan bersama sate.
TIP MASAK SATE YANG SEDAP & JUICY
1.Jika nak sate nampak kuning, boleh tambah serbuk kunyit bergantung pada selera masing-masing.
2. Air lebihan perapan jangan dibuang. Campurkan dengan segelas minyak untuk digunakan semasa membakar sate nanti.
3. Ketuk 2 batang serai, ikat dan celup dalam campuran minyak untuk disapu pada sate. Ia adalah salah satu rahsia sate yang dibakar tetap juicy.
4. Rajin-rajin balikkan sate supaya hasilnya cantik, tidak hangit dan hitam.
Kredit resipi & foto: Kiran Kiran
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Aneka Resipi Nasi Bersama Lauk Pauk Sedap Sempena Aidiladha
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ikan Jaket Sumbat Berasap. Pedas Menyengat & Memang Sedap!
Anda dan keluarga suka makan hidangan pedas? Jika ya, menu perkongsian saudari Ratna Sari Zain ni pasti kena dengan selera. Menu mudah dan memang membuka selera. Sesuai sangatlah cuba untuk sajian makan tengahari atau malam ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
IKAN JAKET SUMBAT BERASAP
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan cencaru – saiz sederhana
- Air belacan
- Air asam jawa
- Garam & serbuk kunyit untuk perapan
- Gula
- Limau kasturi ( tambahan)
BAHAN KISAR:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 4 batang serai
- 10 biji cili burung ( cili padi/kampung)
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan belah belakang.
2. Kemudian lumur garam serta serbuk kunyit. Jumlahnya agak-agak sahaja.
3. Potong kecil bahan-bahan kisar supaya senang lumat.
4. Masukkan sedikit air dan kisar jangan hancur sangat. Pastikan teksturnya kasar sedikit.
5. Ambil sedikit bahan kisar tadi dan sumbat ke dalam perut ikan. Jangan gunakan semua kerana ia akan digunakan untuk buat kuah nanti.
6. Perap ikan selama 3 jam atau lebih. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
7. Untuk kuah, panaskan minyak dan masukkan lebihan bahan kisar tadi.
8. Bila dah garing dan naik bau, masukkan air belacan dan air asam jawa secukupnya.
9. Tunggu sekejap sehingga kering. Kemudian barulah dimasukkan garam serta gula. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi.
10. Gaul rata dan siap untuk dinikmati. Perah limau kasturi untuk lebih sedap.
https://www.facebook.com/poh.ratnasari/videos/10209427225709580/?t=0
Kredit resipi & foto: Ratna Sari Zain
Cara Buat Nasi Butter Ayam Crunchy Paling Mudah Yakmat, Tak Sampai 45 Minit Dah Siap
Nasi Butter Ayam Crunchy menu ‘terpaling’ mudah nak masak. Masak sekali harung je dalam periuk elektrik. Tak sampai 45 minit dah boleh siap masak. Untuk mereka yang sentiasa sibuk tapi dalam masa yang sama suka masak sendiri boleh cuba masak Nasi Butter Ayam Crunchy ini. Berikut resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah
RESIPI NASI BUTTER AYAM CRUNCHY
BAHAN-BAHAN:
2 pot beras, cuci dan toskan –BELI ONLINE
20 gm mentega, marjerin pun boleh
½ ekor ayam dipotong kecil dan letak garam
3 ulas bawang putih dihiris nipis –BELI ONLINE
1 inci halia diketuk – BELI ONLINE
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak
2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.
2. Masukkan susu dan kacau sebati. Selepas itu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.
3. Susunkan ayam di bahagian atas biar sekata lalu tutup periuk dan tekan butang ‘0n’. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.
4. Apabila sudah siap, keluarkan sayur dan asingkan. Keluarkan ayam, sapukan mentega dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga keperangan (golden brown). Siap dan hidangkan. Mudah bukan?
* Untuk sup, boleh rebus kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak. Manakala untuk sos pula boleh guna sos chili Thai. Boleh potong daun ketumbar dan perah limau/lemon sedikit untuk rasa yang lebih sedap. Selamat mencuba.
Sumber kredit: Khairul Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official