Kacang Pool, Hidangan Johor Yang Sedap Dan Mengenyangkan

Share

 

Kalau pergi ke negeri Johor terutamanya di Johor Bahru, jangan sampai terlupa untuk makan kacang pool. Memang sedap sungguh dan sangat mengenyangkan. RASA kongsikan resipinya yang mudah untuk dibuat.

KACANG POOL

BAHAN TUMIS
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang merah | cencang halus
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar ketumbar | ditumbuk halus
25 gram serbuk kari daging

BAHAN KUAH KACANG POOL
400 gram daging kisar
1 tin kacang parang
1 tin kacang merah
1 tin kacang bakar
Air secukupnya
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan serbuk lada hitam dan ketumbar. Kemudian masukkan serbuk kari daging. Biarkan sehingga naik harum baunya.
2. Masukkan daging kisar. Kacau seketika.
3. Masukkan kacang parang, kacang merah dan kacang bakar. Biarkan semuanya sebati dan masak.
4. Masukkan air. Biarkan seketika.
5. Masukkan gula dan garam. Kacau dan biar seketika sebelum matikan api.

CARA PENYEDIAAN
1. Sapu roti dengan sedikit mentega. Bakar sekejap.
2. Masukkan kuah kacang dalam mangkuk.
3. Goreng telur mata kerbau. Letakkan di atas kuah.
4. Tabur hirisan cili besar dan bawang goreng. Jangan lupa sebiji limau kasturi.
5. Sedia dinikmati.

Selamat mencuba.

Published by
Maryam Elyas