Nak cari menu yang mengenyangkan dan mudah siap waktu sarapan, cubalah kacang pool yang sangat popular di Johor. Bahan asasnya kacang, terutamanya kacang parang dan 'baked beans'.
Ada juga resepi menggunakan lebih dari sejenis kacang, dimasukkan juga kacang panggang dan kacang merah, memang lagi ‘terangkat’lah rasanya. Memang betul-betul berkhasiat .Kacang pool pada asalnya adalah hidangan timur tengah yang dikenali sebagai foul medammas.
Beza kacang pool dan foul medammas ialah ia menggunakan daging cincang,..ummph bertambah sedaplah jawabnya. Sedap dicicah dengan roti bakar ni.
IKLAN
KACANG POOL
IKLAN
BAHAN -BAHAN :
1/2 tin kacang parang (saiz 425 gm)
1/2 tin kacang panggang @baked beans (saiz 425 gm)
400 gm daging kisar
1 tin kecil tomato puri
3 ulas bawang putih |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
Satu biji telur | digoreng
3 sudu minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
1 biji cili hijau – hiris
1 biji bawang merah – potong kecil
IKLAN
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2.Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan
3.Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
4.Selepas itu, masukkan kacang parang dan kacang panggang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika mahu.
5.Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
6.Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
7.Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
8.Boleh dinikmati bersama roti putih.
Kalau berkunjung ke Johor terutamanya Johor Bahru jangan lupa menikmati sajiannya. Kalau min suka singgah di Restoran Kacang Pool Haji, di Larkin, JB kerana kacang poolnya memang padulah rasanya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Memang sedap tau spring roll ni. Rasa moden dengan cita rasa Itali tapi diletakkan dalam kulit popia. Dimakan pula dengan keju, memang cukup menyelerakan. RASA kongsikan resipinya. Bolehlah korang try,
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 biji cii merah | hiris memanjang halus
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang
250 gm daging kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Terung dipotong dua kemudian belah empat.
Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
Perasakan dengan sos tiram.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
6 batang kacang botol | hiris serong
150gm hirisan daging rebus
Sedikit hirisan cili Benggala Merah
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
Masa kanak-kanak dulu, min ingat lagi ibu tersayang rajin buat biskut ni masa Raya. Resipi orang dulu dulu ni bahan-bahannya ringkas aje. Doh biskut masuk acuan kayu, bila nak keluar hentak sikit
.
Jom semak resipi dari Amanda Rania Zafreen ni.
BISKUT BUAH KANA
BAHAN-BAHAN :
150gm mentega
90gm gula aising
1biji kuning telur
180gm tepung gandum | diayak
100gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
* pewarna ( optional )
*jem buah-buahn secukupnya.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega, gula dan kuning telur. Pukul sekadar untuk sebati , tak perlu kembang
Uli tangan pun boleh. Kalau nak masikkan warna boleh ikut citarasa sendiri. Rehatkan sekejap ( 5-10minit)
Gunakan acuan buah kana & cetak sehingga habis. Bakar & sapukan jem semasa biskut masih suam-suam..cantumkan. Siap .
Kreatif sungguh pemilik resipi ni biskut buah kana dibuat ikut tema perayaan.. Kalau Hari Raya Aidilfitri, Amanda buat warna kuning + hijau. Kalau utk Xmas saya buat warna hijau + merah. Untuk Tahun Baru Cina dibuatnya merah + kuning.