Kacang Pool Mudah Dimasak, Sarapan Popular Kat Johor

Share

Nak cari menu yang mengenyangkan dan mudah siap waktu sarapan, cubalah kacang pool yang sangat popular di Johor. Bahan asasnyaa kacang, terutamanya kacang parang dan ‘baked beans’

Ada juga resepi menggunakan lebih dari sejenis kacang, dimasukkan juga kacang panggang dan kacang merah, memang lagi ‘terangkat’lah rasanya. Memang betul-betul berkhasiat.

 

KACANG POOL

BAHAN -BAHAN :

  • 1/2 tin kacang parang (saiz 425 gm)
  • 1/2 tin kacang panggang @baked beans (saiz 425 gm)
  • 400 gm daging kisar
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 3 ulas bawang putih  |dikisar
  • 5 biji bawang merah |dikisar
  • Satu biji telur | digoreng
  • 3 sudu minyak sapi
  • Garam dan gula secukup rasa

Hiasan:

  • 1 biji limau kasturi – potong dua
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • 1 biji bawang merah – potong kecil

 

Cara Membuat:
1.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2.Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan
3.Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
4.Selepas itu, masukkan kacang parang dan kacang panggang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika mahu.
5.Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
6.Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
7.Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
8.Boleh dinikmati bersama roti putih.

Kalau berkunjung ke Johor terutamanya Johor Bahru jangan lupa menikmati sajiannya. Kalau min suka singgah di satu kedai makan di Larkin, JB kerana kacang poolnya memang padulah rasanya

 

Published by
Faridah Talib