Kacang Pun Boleh Jadi Sup Enak. Nah, 5 Resipi Dari Kacang.

Share

Bila disebut kacang pasti snek rangup ini menjadi ‘teman’ paling menyeronokkan bila menonton tv, wayang atau pun masa tengah bersantai. Tetapi kacang pun boleh menjadi bahan asas pelbagai bahan ramuan lauk dan sampingan.

Nak guna kacang dalam sup dan nasi pun boleh. Jom semak 5 lagi resipi sihat berasaskan kacang dari Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini.

1. MINTED PEA SOUP

BAHAN-BAHAN :

  • 25gm mentega
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 cawan kacang pis hijau | segar @ sejuk beku
  • 1 biji kentang saiz besar | dicincang
  • 500ml air rebusan @stok ayam
  • 1/4 ikat daun pudina | dicincang
  • 150ml @ 2/3 cawan krim ringan rendah lemak (single cream)
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan layurkan bawang besar dan bawang putih selama 5 minit sebelum bertukar warna.
2. Masukkan kacang pis, kentang dan stok ayam dan separuh dari daun pudina dan biarkan mendidih.
3. Biarkan mereneh selama 5-6 minit sehingga kacang pis lembut.Padamkan api.
4. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga menjadi larutan sup.
5. Masukkan dalam kuali dan panaskan, perisakan dengan garam dan lada hitam dan tuangkan ke dalam krim. Usah sampai mendidih mendidih.
6. Hidangkan di dalam mangkuk bersesuaian dan hiaskan dengan daun parsli yang dicincang.

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak :10 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan :Sajian pembuka selera berasaskan kacang pis hijau
Keistimewaan : Rendah lemak dan sesuai juga dijadikan sarapan dimakan bersama roti
Anggaran kos : RM 6

Info Chef : Kacang pis hijau dipenuhi nutrisi anti oksidan dan ia adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.

2. PRAWN COCKTAIL WITH RED BEAN SAUCE

BAHAN-BAHAN :

  • 1 salad (gem lettuce) | pisah-pisahkan daunnya
  • 1/2 biji timun | dihiris nipis
  • 250 gm udang | dicelur

Bahan sos :

  • 1 tin kacang merah
  • Jus lemon secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Lapiskan salad, udang dan timun dalam gelas berasingan secara individu.
2. Campurkan semua bahan sos, jangan lupa untuk rasa ikut citarasa anda, tetapi sos ini usah terlalu melekit.
3. Sudukan sos di atas salad udang tadi.

Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak :10 minit
Cara memasak : Tidak perlu dimasak
Jenis masakan :Sajian pembuka selera berasaskan kacang merah
Keistimewaan : Salad segar yang rangup dan kacang merah menjadikan ia kaya nutrisi
Anggaran kos : RM 5

Info Chef : Penggunaan sayur dan kacang merah tanpa menggunakan mayonis menjadikan ‘appetiser’ salad ini sesuai untuk mereka yang berdiet.

3. STEAM CHICKEN WITH BROWN RICE AND CLEAR VEGETABLE SOUP

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu makan halia yang diparut
  • 1 sudu makan daun bawang | dicincang ambil bahagian putihnya sekali

Bahan sos perapan :

  • 1 sudu teh cuka
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan sos pencicah :

  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap soya
  • 4 sudu makan air
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan minyak bijanBahan sup sayur bening :
  • 1/2 sudu teh minyak masak
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2 sm halia | dicincang halus
  • 1/2 cawan daun bawang | dicincang halus
  • 1 cawan brokoli | dipisahkan tongkol kecilnya
  • 5 biji cendawan | dihiris nipis
  • 1 hirisan lobak merah
  • Sedikit kubis /secukupnya | dicincang kasar
  • 5 cawan air rebusan sayur-sayuran (stok sayur)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 30gm gajus panggang
    *beras perang dimasak dan masukkan sekali gajus untuk dihidang bersama ayam stim dan sup sayur

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan sos perapan di kedua belah bahagian.
2. Letakkan parutan halia dan daun bawang cincang , diatas ayam dan biarkan perapa selama 30 minit.
3. Kemudian letakkan dalam pengukus, kukuskan dengan api kuat selama 20-30 minit sehingga empuk.
4. Kemudian keluarkan dan potong kepada beberapa bahagian yang anda sukai.
5. Hiaskan dengan daun bawang.
Cara masak sos pencicah :
6. Di dalam kuali panaskan minyak bijan dan tumiskan bawang putih dan daun bawang hingga naik bau. Kemudian tambahkan sos tira, kicap soya dan air.
7. Kacau rata dan biarkan semua bahan tadi mendidih.
8. Masukkan dalam mangkuk pencicah .Hidangkan ayam bersama dengan sos pencicah ini.
Cara masak sup sayur bening :


9. Mula-mula panaskan minyak zaitun dalam kuali.
10. Tumiskan bawang putih dan halia dengan api kuat dalam seminit.
11. Masukkan daun bawang dan teruskan menumis. Atau boleh juga gunakan bawang besar
12. Kemudian masukkan hirisan cendawan sehingga ia mengeluarkan air, dan tumis dalam masa 2 minit.
13. Masukkan stok sayur (air rebusan sayur) atau air.
14. Biarkan sup mendidih selama 10 minit sehingga sayur separuh masuk.
15. Masukkan lada hitam dan biarkan merenih lagi 5 minit, masukkan jus lemon. Hidangkan bersama ayam stim dan beras perang.

Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak :45 minit
Cara memasak : Stim dan tumis
Jenis masakan : Ayam kukus berjus
Keistimewaan : Nasi perang dan sup melengkapi set sajian sihat ini
Anggaran kos : RM 8

Info Chef : Penggunaan gajus di dalam beras perang melenngkapkan sajian ayam kukus yang sungguh ideal untuk mereka yang berdiet. Sajian yang mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan obesiti.

4. MALAYSIAN ROLL WITH PEANUT BUTTER

BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :

  • ¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
  • 6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
  • ½ cawan parutan lobak merah
  • ½ cawan sengkuang yang diparut
  • 20gm badam panggang | ditumbuk kasar
  • 3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian

Kulit popiah secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.

Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak :30 minit
Cara memasak : Digaul tanpa masak
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Anggaran kos : RM13

Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.

5. CHICKEN APRICOT DING

BAHAN-BAHAN :

  • 570gm dada ayam dibuang kulit | kerat 2.5 sm setiap ketul
  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 cawan campuran sayur-sayuran brokoli, snow peas, lada benggala dan hirisan cendawan
  • 230gm sengkuang cina dalam tin | toskan airnya dan hiris
  • 1/2 cawan biji aprikot panggang
  • 3/4 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu makan tepung jagung | dicairkan dengan sedikit ari
  • 2 sudu makan kicap soya
  • 1 sudu makan cuka berat
  • 2 sudu makan sos hoisin
  • 1 sudu teh gula

CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk kecil pukul air rebusan ayam, tepung jagung, kicap soya, cuka beras, gula dan sos hoisin bersama. Ketepikan
2. Panaskan minyak sayuran dalam kuali besar dengan api sederhana. Perasakan ayam dengan garam dan lada hitam dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masak dan kacau sekali sekala sehingga ayam empuk dan keperangan, lebih kurang 3-5 minit. Ketepikan.
4. Masukkan bawang putih, dan masak lagi 30 saat
5. Masukkan sayur-sayuran bersama 2 sudu kecil air. Masak dan kacau sekali sekala hingga sayur-sayuran lembut rangup, anggaran 4-5 minit bergantung kepada saiz sayur-sayuran anda.
6. Perasakan dengan garam dan lada hitam
7. Masukkan air rebusan ayam bersama campuran sayuran tadi ke dalam kuali, dan nyalakan api tinggi sehingga mendidih.
8. Masak dalam seminit atau hingga sos menjadi pekat.
9. Masukkan aprikot dan hidangkan bersama nasi.

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Sayur-sayuran dan ayam
Keistimewaan : Tambahan aprikot menjadikan ia sajian penuh khasiat dan menyihatkan.
Anggaran kos : RM 25

Info Chef : Sajian yang kaya dengan potassium , vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Boleh membantu mengawal paras kolestrol. Biji aprikot pula dipercayai adalah makanan anti kanser.

RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim
TERIMA KASIH : TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor. Emel :kagumas@yahoo.com.my. Laman web: http ://www.kagumas.com.my

Published by
Faridah Talib