Kalau sebelum ini anda hanya membelinya, apa kata tahun ini buat sendiri. Cara membuat taklah susah seperti disangkakan. Lagipun kalau buat sendiri lebih jimat dan sedap rasanya. Sesuai sangatkan dalam keadaan sekarang yang sedang berjimat cermat ni. Resipi jangan risau, ikut apa yang RASA share di sini.

Kacang Salut Tepung Rangup. Guna Tiga Bahan Je.

KACANG GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah | basuh dan keringkan.
1 biji telur
1 paket tepung Tepung Bistari perisa pedas
Minyak masak untuk menggoreng

Ads

CARA MEMBUAT:

Kacang Salut Tepung Rangup. Guna Tiga Bahan Je.1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.

Kacang Salut Tepung Rangup. Guna Tiga Bahan Je.2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.

3. Panaskan minyak (pastikan banyak) dalam kuali.

4. Masukkan kacang tanah dan sentiasa kacau.

Ads

5. Pastikan api juga sederhana.

6. Setelah kuningan keperangan angkat dan toskan.

Ads

Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.

INF: Tepung Bistari sudah ada perasa tidak perlu tambah. Cukup sekadar gaul dengan telur dan tepung saja dan goreng. Cuma kalau ingin ada rasa manis sedikit boleh tambah 1 sudu makan gula semasa mengaul dengan telur.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI