Seronok mengunyah kacang sira pedas manis terutamanya bila menonton televisyen. Tahu-tahu dah tinggal separuh botol. Kacang sira pedas ini juga salah satu hidangan yang mudah untuk dibuat bila tiba hari raya. Buat banyak-banyak boleh makan bila-bila masa.
Rupanya mudah sahaja nak buat kacang sira pedas ini, cara dan bahan dikongsikan oleh Cik Ecah. Bolehlah buat untuk kudapan satu keluarga.
Resepi Kacang Sira Pedas Manis
BAHAN-BAHAN
1kg kacang tanah (digoreng)
½kg ikan bilis (digoreng)
Serbuk cili (ikut kepedasan yg kite nak)
4 senduk gula pasir
2 sudu kfc garam(tak letak pun tak apa, dalam resipi asal tiada, saya tambah sendiri)
Air
CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk cili dan sedikit air dalam kuali. Jangan cair sangat. Kacau sekejap, jangan smpai hangit.
- Selepas itu masukkan gula pasir dan garam. Kacau lagi, sentiasa kacau. Api kena jaga, kecil je. Takut gula hangit.
- Bila gula dah betul-betul cair, berbuih dan nampak pekat, bolehlah masukkan kacang tanah dan ikan bilis yang dah siap digoreng. Api tu kecik je tau.
- Kacau rata semua bahan.. Mula-mula memang susah sikit nak kacau sebab dia melekat-lekat.. Kacau lama sikit sampai dia jadi betul-betul kering.
- Bila dh kering, bolehlah angkat dan letak dalam talam.. Sejukkan sekejap, jangan sejukkan bawah kipas angin, takut lemau. Bila dah betul-betul sejuk, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara
- Siap
Kredit: Nama Saya Siti Aisyah
Resipi Lemang Goreng Sedap. Kukus Pulut & Masak Macam Ni, Padu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI