Kacang Sira Pedas Manis Kudapan Setiap Masa. Mudah Je Rupanya Nak Buat

Share

Seronok mengunyah kacang sira pedas manis terutamanya bila menonton televisyen. Tahu-tahu dah tinggal separuh botol. Kacang sira pedas ini juga salah satu hidangan yang mudah untuk dibuat bila tiba hari raya. Buat banyak-banyak boleh makan bila-bila masa.

Rupanya mudah sahaja nak buat kacang sira pedas ini, cara dan bahan dikongsikan oleh Cik Ecah

. Bolehlah buat untuk kudapan satu keluarga.

Resepi Kacang Sira Pedas Manis

BAHAN-BAHAN

1kg kacang tanah (digoreng)

½kg ikan bilis (digoreng)

Serbuk cili (ikut kepedasan yg kite nak)

4 senduk gula pasir

2 sudu kfc garam(tak letak pun tak apa, dalam resipi asal tiada, saya tambah sendiri)

Air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan serbuk cili dan sedikit air dalam kuali. Jangan cair sangat. Kacau sekejap, jangan smpai hangit.
  2. Selepas itu masukkan gula pasir dan garam. Kacau lagi, sentiasa kacau. Api kena jaga, kecil je. Takut gula hangit.
  3. Bila gula dah betul-betul cair, berbuih dan nampak pekat, bolehlah masukkan kacang tanah dan ikan bilis yang dah siap digoreng. Api tu kecik je tau.
  4. Kacau rata semua bahan.. Mula-mula memang susah sikit nak kacau sebab dia melekat-lekat.. Kacau lama sikit sampai dia jadi betul-betul kering.
  5. Bila dh kering, bolehlah angkat dan letak dalam talam.. Sejukkan sekejap, jangan sejukkan bawah kipas angin, takut lemau. Bila dah betul-betul sejuk, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara
  6. Siap

Kredit: Nama Saya Siti Aisyah

 

 

 

Published by
Azlin