Kudap-kudap mudah yang anda boleh hasilkan secara homemade. Makan sambil tengok TV, memang ralit. Sekejap je habis satu balang. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni.
KACANG TANAH GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
Ads
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
Ads
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Pisang goreng yang buat sedap selain jenis pisangnya batter atau larutan tepung tu kena betul bancuhan dan ramuannya baru sedap dan rangup. Lagi pulak kalau ada sambal kicap, lagi syoklah makan goreng pisang ni.
.
Nak pisang goreng yang rangup sampai ke petang dan tak serap minyak, jom follow resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal. Yang best Mariana juga turut kongsi resipi sambal kicap yang sangat mudah, simple namun rasanya memang tak boleh kompromi sedapnya.
CARA MEMASAK : 1. Satukan semua bahan-bahan. 2. Kacau sebati guna whisk atau senduk, masukkan pisang salut rata dah boleh goreng macam biasa. 3. Guna api sederhana, minyak dah panasterus goreng. Bila sebelah bahagian dah garing baru terbalikkan sebelah bahagian lagi.. 4. Angkat dan toskan.
Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Waktu petang kalau dapat makan Cekodok Pisang bersama kopi panas memang ngam! Nak buat Cekodok Pisang bukannya susah tapi kalau malas memang tak menjadilah Cekodok Pisang ni. Resipi Cekodok Pisang ni telah dikongsikan oleh Khadijah Jaafar di Facebook. Cara penyediaan dan pembuatan Cekodok Pisang pun sangat mudah menggunakan resipi ini. Jom kita cuba!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.