Kaedah Alternatif! Cara Selamat Guna 3 Bahan Untuk Rawat Anak Terkena HMFD

Share
Bimbang dengan kes HMFD yang kian menular kini, semakin ramai pusat-pusat jagaan dan sekolah yang di arahkan tutup akibat dari wabak ini. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati beri perhatian pada kesihatan anak agar tidak terdedah secara langsung dengan udara luar dan peralatan yang terdedah.
Terdapat rawatan alternatif yang boleh kamu usahakan untuk merawat pesakit HMFD dari perkongsian Pusat Al Jawahir.
Berikut adalah kaedah tradisional merawat HMFD untuk anak-anak kecil dengan selamat dan berkesan.

CARA-CARANYA:


1.Campurkan 2 sudu kecil bedak sejuk bersama 1 sudu kecil kapur sireh kedalam sebuah mangkuk kecil. Dan tambah kan lebih kurang 5ml air. Dan kacau sehingga sebati.

2.Tumbukan 3 atau 5 ulas kunyit hidup dgn lesung. Jangan guna serbuk kunyit ya.

3. Campurkan kunyit yg dah di tumbuk kedalam campuran bedak sejuk dan kapur tadi. Kacau sampai sebati.

4. Biarkan selama 10minit.

5. Baca Surah Al-Waqiah Ayat 1 hingga 5.

6. Sapukan pada tempat bermasalah pada anak kecil yg di jangkiti HMFD. Insyallah selesai masalah.

 

Sumber: Noreha Arifin  Petua Jawa: Pusat Al Jawahir Shah Alam Selangor.

Published by
Mastura Abu Kassim