Kagumas Culinary Academy Beri Peluang Kepada Pelajar OKU…

Share

Rasanya jarang ada kolej atau institusi pengajian kulinari yang nak terima pelajar OKU belajar di tempat mereka. Di samping pelajar biasa, pengasasnya Hj Harun Nordin turut membuka kolej seliaannya pada golongan OKU (golongan kelainan upaya) iaitu pelajar lembam atau ‘slow learner’.

Menurut Hj Harun Nordin mendidik pelajar OKU ini memerlukan kesabaran , lebih perhatian dan cara mengajar sudah pasti tidak sama dengan pelajar biasa yang lain. Ini lah kefahaman yang sentiasa beliau sematkan di ingatan tenaga pengajar di sini.

Kagumas Culinary Academy telah diasaskan oleh Hj Harun Nordin (FCIM) pada tahun 2008 berbekalkan pengalaman beliau dalam bidang perhotelan dan hospitaliti selama 21 tahun. Beliau juga telah menerima pengiktirafan daripada Chartered Institue of Marketing, UK.

Hasrat murninya adalah untuk melatih anak muda dan juga anak-anak slow learner (OKU) supaya mereka dapat bersaing dan mempersiapkan diri bersesuaian dengan kehendak dan keperluan industri khususnya hotel dan perusahaan F & B.

Ia menawarkan program Sijil dan Diploma (City & Guilds, UK) yang terdiri daripada Sijil Penyediaan dan Pembuatan Makanan serta Diploma Seni Kulinari/ Seni Pastri. Senang dipelajari dan mudah serta praktikal. Tempoh belajar Diploma Seni Kulinari dan Seni Pastri adalah 6 bulan teori/ praktikal dan lagi 6 bulan pula adalah latihan industri.

Penyertaan terbuka kepada pelajar berusia 16 tahun ke atas dengan kelulusan PMR atau SPM. Paling mengagumkan adalah usaha murni akademi ini yang turut membuka peluang kepada pelajar OKU yang mengalami masalah pembelajaran untuk menyertai Sijil Penyediaan dan Pembuatan Makanan.Tempoh pembelajaran bagi Sijil adalah 3 bulan praktikal/teori dan dan 3 bulan latihan industri.

Di samping itu terdapat juga kursus jangka pendek yang dibuka kepada semua golongan iaitu kepada pelajar-pelajar, surirumah tangga dan mereka yang berminat untuk mempelajari dan mengasah lagi bakat mereka dalam bidang masakan.

Dapur latihan yang disediakan memenuhi keperluan industri serta mempunyai kelengkapan dan peralatan lengkap. Tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam industr serta pernah memegang jawatan penting di dapur hotel. Ruang kelas yang lengkap dan selesa, serta kolaborasi bersama Kolej Kemhairan Kiblah bagi kemudahan hostel.

Sijil diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan City & Guild London , United Kingdom.

Kalau nak tahu apa lagi institusi pengajian yang menawarkan program kulinari dan bakeri, jangan lupa nantikan majalah RASA yang bakal membuat come back. 

 

INGIN MENCARI PETI SEJUK UNTUK MENYIMPAN BARANGAN BASAH KEKEAL SEGAR, JOM LAYARI DI SINI.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI MASAKAN INI :

https://www.rasa.my/lauk-pauk-minang-untuk-hidangan-pagi-raya/

DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :

 

Published by
Faridah Talib