Kak Es Kongsi Masak Kari Ikan Bebas Kolesterol! Memang Mudah Dan Sedap.

Share

Makanan tradisional melayu kita penuh dengan masakan yang lemak berkrim dan pedas. Berlainan dengan cara Kak Es, beliau berkongsi resipi masak kari ikan tanpa menggunakan santan atau susu.. sebab tu nama resipinya kari bebas kolesterol. Sangat mudah sesuai untuk wanita berkerjaya. Nak cuba? Jom!

 

KARI IKAN BEBAS KOLESTEROL

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah | diracik
  • Bawang putih | diracik
  • Halia | diracik
  • Halba campur
  • Serbuk kari
  • Ikan pecah periuk
  • Daun kari
  • Bendi
  • Tomato

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan racik (bawang dan halia) dan halba campur hingga naik bau, masukkan serbuk kari yang dah bancuh dengan air(supaya tak hangit sebelum serbuk kari masak) .
  2. Masukkan air, masukkan ikan(lumur garam kunyit dulu supaya tak pucat).
    Dah masak ikan, masukkan bendi dan tomato.
    Matikan api, dan perisakan dengan garam dan gula sedikit.
  3. Masukkan daun kari. Cuba bau haruum je.

Selamat mencuba!
Nota: Nak sedap lagi, adjust ikut kesesuaian masing-masing.

 

Kongsi resipi:Noraisah Abu Bakar

Published by
Mastura Abu Kassim