
Jika anda peminat daging bakar, patut cuba resipi yang ini pula. Selain sedap, ramuan yang digunakan boleh membuatkan badan rasa ringan dan selesa.
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging | hiris nipis dan lebar
- 10 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu makan paprika
- 1 tangkai daun Thym segar
- 1 sudu makan sos Ranch
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan kuning
- 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging dalam mangkuk.
2. Campurkan dengan bawang putih bawang Holland, hirisan cili benggala dan daun Thym.
3. Seterusnya masukkan sos Ranch, minyak zaitun, jus lemon, serbuk oregano, garam dan lada sulah.
4. Gaul rata kesemua bahan. Kemudian masukkan dalam bekas aluminium.
5. Panaskan ketuhar hingga 180 C.
6. Taburkan paprika di atas daging kemudian bakar lebih kurang 10-15 minit.
7. Sedia dihidangkan dengan sos pilihan anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Menu Daging Kambing Yang Sedap & Bebas Bau.

Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama dalam peti sejuk. Ini Rasa kongsikan tiga menu berasaskan daging kambing yang sedap dan boleh anda cuba sendiri.

KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
- ½ kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
- 5 sudu makan rempah beriani
- 2 sudu makan tomato puri
- 4 sudu makan susu cair
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
- 4 sudu makan minyak sapi | untuk menumis
- Setengah cawan tairu | susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis
- Sedikit daun pudina
- Sedikit daun bawang
- Sedikit daun sup
BAHAN KISAR UNTUK PERAPAN
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai | dihiris nipis
- ½ inci lengkuas
- 1inci halia
BAHAN DIGORENG
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar
- Sedikit gajus
CARA MEMASAK:
- Perapkan daging dengan bahan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
- Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
- Masukkan susu cair, tomato puri, madu dan tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
- Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
- Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup.
- Kacau rata.
- Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

KUZI KAMBING
BAHAN- BAHAN:
- ½ kg daging kambing
- 2 sudu makan rempah kuzi
- 3 biji bawang besar | dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan
- 3 ulas bawang putih
- 1 1/2 inci halia
- 2 sudu makan tomato puri
- 1 sudu makan tomato sos
- ½ tin susu cair
- 1 sudu makan susu pekat manis
- 2 inci gula Melaka | potong kiub
- 1/2 cawan kismis | digoreng
- 1/2 cawan badam/gajus | digoreng
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan dengan rempah kuzi. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan masukkan pes rempah yang dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri. Kemudian masukkan daging kambing.
- Masukkan bawang goreng, susu cair, susu pekat manis, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masak sampai daging empuk. Tambahkan sos tomato. Apabila semua sudah sebati, masukkan kismis dan badam.
- Boleh dihidangkan.

DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT CICAH SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
- Sedikit garam dan kunyit
SAMBAL KICAP:
- 20 tangkai cili padi
- 50gm gula pasir
- 50ml kicap manis
- 5gm belacan
- 10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
- Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
- Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Sedia dihidangkan.
Sajian Arab Terbaik,Taklah Susah Sangat Membuatnya

Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.

Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL

BAHAN-BAHAN :
- 300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
- 1 besar bawang merah | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh teh jintan manis
- 1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukupnya
- Lada hitam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Ala pengedil kekacang
Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah
Anggaran kos :RM 10
Info Chef : Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS

BAHAN-BAHANNYA :
- 450 gm kacang kuda
- 1 ulas bawang putih.
- 1 biji jus lemon.
- 1 sudu teh jintan putih.
- 3 sudu makan tahini.
- 3 sudu makan minyak zaitun.
- 1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Sedikit herba dill
- 1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR

BAHAN-BAHAN :
- 350 gm cous cous
- 1 biji bawang holland | dicincang
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang terung | dipotong dadu
- 1 tin kacang pis
- 1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 1 tangkai herba segar thymes
- 1/2 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- 300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info Chef : Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA

BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 tangkai daun parsli
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
- 2 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh
Jenis masakan : Kuih, kudapan
Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup
Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH

BAHAN-BAHANNYA :
- 1 keping roti pizza
- 10 gm zaitun hitam | dicincang halus
- 10 gm bijan
- 1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
- 1 biji tomato | dipotong bulat
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Menu Sup Gear Box Paling Sedap & Mudah

Terasa nak makan sup? Menu yang dikongsi ni pasti memenuhi citarasa dan selera anda. Mudah dan sedap!
SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg Tulang lembu Gear-Box
- 5cm halia ] dititik
- 1 biji bawang besar ] dihiris
- 3 ulas bawang putih ]ketuk
- 1 bungkus sup bunjut
- 2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
- 1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
- 1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
- 2 biji buah pelaga
- 1cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1kuntum bunga lawang
- 5 biji cili padi ] ketuk
- Sedikit bawang goreng ] hiasan
- Daun sup secukupnya ] hiasan
- Air limau nipis secukupnya
- Air untuk merebus secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
- Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
- Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik. Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
- Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
- Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
- Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.

Info Chef: Untuk cepat empuk, rebus menggunakan periuk tekanan.

