Jika anda peminat daging bakar, patut cuba resipi yang ini pula. Selain sedap, ramuan yang digunakan boleh membuatkan badan rasa ringan dan selesa.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris nipis dan lebar
  • 10 ulas bawang putih  | titik
  • 1 sudu makan paprika
  • 1 tangkai daun Thym segar
  • 1 sudu makan sos Ranch
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan kuning
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam  secukup rasa

 

IKLAN

CARA  MEMASAK:

1.  Masukkan daging dalam mangkuk.

2.  Campurkan dengan bawang putih bawang Holland, hirisan cili benggala dan daun Thym.

IKLAN

3.  Seterusnya masukkan sos Ranch, minyak zaitun, jus lemon, serbuk oregano, garam dan lada sulah.

4.  Gaul rata kesemua bahan. Kemudian masukkan dalam bekas  aluminium.

IKLAN

5.  Panaskan ketuhar hingga 180 C.

6.  Taburkan paprika di atas daging kemudian bakar lebih kurang 10-15 minit.

7.  Sedia dihidangkan dengan sos pilihan anda.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI