Tuah pengguna setia rempah kari Baba’s! Inilah yang dikatakan rezeki terpijak buat peserta dari Pantai Timur, Wan Norliza Wan Mat. Niat menyertai hanya sekadar untuk suka-suka namun membuahkan hasil apabila terpilih top 2 untuk ke peringkat separuh akhir pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s.
Meskipun seringkali menerima pujian masakan di rumah, Wan Norliza tetap gementar ketika mempersembahkan masakan Daging Masak Serai Berempah di hadapan juri.
“Kalau nak tahu, untuk resipi ini, saya guna 3 jenis produk Baba’s iaitu rempah kari, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kiranya 3 elemen dalam satu masakan. Walaupun menggigil tangan, alhamdulillah, juri suka dan puji persembahan yang menarik.
Sebenarnya, resipi ini warisan daripada arwah bapa mertua saya. Tetapi saya olah sedikit dengan masukkan daun limau purut, memang rasanya jadi lagi sedap!
Ketika ditanya macam mana boleh tergerak hati untuk menyertai pertandingan ini, Wan Norliza memberitahu, dia tanpa sengaja terlihat iklan Baba’s ketika melayari laman sosial Facebook.
“Saya terus minta izin pada suami untuk sertai pertandingan. Alhamdulillah suami dan anak-anak menjadi penyokong terkuat saya.
“Resipi itu memang sedap dan menjadi menu kegemaran keluarga. Kami pula pengguna setia rempah kari Baba’s. Malam tu juga saya isi borang, tulis resipi, cari gambar dalam telefon dan hantar borang penyertaan,” ceritanya.
Meskipun pertandingan ini disertai ramai peserta yang hebat-hebat, Wan Norliza tetap menyimpan harapan untuk memenangi hadiah utama RM10,000.
“Saya berniat untuk jelaskan hutang kereta yang anak guna untuk belajar. Insya-Allah, jika ada rezeki semoga hadiah RM10,000 menjadi milik peserta bernama Wan Norliza Wan Mat,” jelasnya.
DAGING MASAK SERAI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
½ kg daging
1 peket rempah kari daging BABA’S
2 sudu makan serbuk kunyit BABA’S
2 sudu makan serbuk cili BABA’S
3 biji bawang besar holland (*)
CARA MEMASAK:
1. Potong daging kepada potongan kecil-kecil. Kemudian, kisar bahan bertanda (*) .
*Sesuai dimakan dengan nasi putih, roti jala, ketupat, pulut kuning dan lain-lain.
*lebih mudah jika menggunakan periuk tekanan.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta