Berita baik untuk pengemar tempe, makanan yang sedap dan murah ini adalah makanan ajaib kaya dengan 1001 khasiat.  Jadi kalau nak cantik dan sihat dengan cara selamat, amalkan makan tempe. Mudahkan? Tak perlu nak keluar duit beli segala macam suplimen.

Dengan mengamalkan makan tempe, ia dapat  mencegah anda dan keluarga dari penyakit berbahaya seperti kanser. Ia juga membantu jantung lebih sihat, mengawal gula dalam darah dan meningkatkan sumber tenaga dalam diri anda.

Digoreng, dibuat sambal atau campuran dalam gulai atau sayur, tempe tetap disukai ramai. Oleh itu cuba resipi tempe yang RASA kongsikan ini sebagai permulaan atau tambah dalam koleksi resipi tempe anda.

Ads

RASA yakin dua resipi yang dikongsikan ini sangat sedap dan bolehlah share dengan kawan-kawan..

Kalau Nak Cantik & Sihat, Amalkan Makan Tempe!

Tempe Nugget Masam Manis

Bahan-Bahan:

  • 1 keping tempe | potong empat segi  3X3 cm
  • 1biji telur
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan Sos Cili Thai
  • 1biji cili merah | cincang halus
  • 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
  3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
  6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
  7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkat.
  8. Sedia dihidangkan.

Kalau Nak Cantik & Sihat, Amalkan Makan Tempe!

Jejari Tempe Bersama Sos Kicap

Bahan-Bahan:

Ads
  • 1 keping tempe | potong memanjang
  • 1 biji telur
  • 1 cawan nestum | hancurkan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam

Bahan Sos Kicap:

  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 6 ulas cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  2. Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
  4. Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
  5. Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
  6. Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.

 

 

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI