Lama sangat tak masak kat rumah sampai bawang dalam bakul pun dah naik tunas. Mesti ada yang macam ni kan!
Bawang yang dah naik tunas atau ‘jambul’ ini elok terus saja tanam untuk hasilkan daun bawang. Cara penanamannya dikongsi oleh Weekenbaker ini, boleh guna botol mineral kalau tiada pasu.
Cara tanam bawang yang dah bertunas
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Caranya:
Ads
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, boleh guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Tunas atau jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
Ads
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
Ads
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Cara masak pulut kuning, biasanya kita perlu merendam beras pulut sebelum dikukus. Ia bagi memastikan pulut kuning yang dimasak menjadi sempurna.
Namun ada dikalangan kita yang tak ada periuk kukusan untuk masak hidangan ni. Jangan risau, versi ini sangat mudah. Jom lihat cara-caranya menerusi perkongsian dari saudari FaidhatulArfah Ahmad ini.
Hi ! Arfah nak share dengan korang cara masak pulut yang paling senang, simple di abad ini. Tak payah nak pening kepala nak rendam pulut dulu 2 jam. Rebus air kukus etc. Tak sampai 40 minit pulut dah boleh makan dengan riangnya ahahahaha.
CARA MASAK PULUT TANPA KUKUS DAN TAK PERLU RENDAM TERLEBIH DAHULU
Ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan cucikan dan masukan ke dalam kuali.
Masukan air ke dalam kuali banyak manapun takpe ikut suka uols dan bukakan api. Boleh letakan pewarna kuning / serbuk kunyit atau biarkan warna putih sahaja, terpulang yaa. Kemudian gaul-gaulkan pulut tersebut, jika korang letak pewarna tujuanya supaya warna itu nanti kena sekata pada keseluruhan pulut kite itu.
Pastikan tunggu sehingga air rebusan pulut tu betul-betul mendidih / mengelegak terus tutupkan api. Apabila air rebus pulut sudah mendidih jangan biar terlalu lama sangat yaa takut pulut kembang nanti apabila kita nak masak dalam rice cooker.
Kemudianya, tapiskan pulut kite tu, buangkan air rebusan tadi. Sebab kite taknak guna air dah.
Masukan pulut kite ke dalam rice cooker. Jika tak nak santan tak payah letak santan dan tidak perlu tambah langsung air okeh . Tapi arfah buat pulut santan. Santan tu letak bersama sedikit garam kemudian gaulkan dengan pulut kite tadi agar sebati. Santan tu letak betul-betul paras pulut sahajaa atau kurang dari paras pulut yee, jangan sampai pulut tengelam dengan santan sebab takut nanti pulut kite tu lembik pulak kang.
Kemudianya, masak di dalam rice cooker sehingga rice cooker dari button “cooking” menjadi, “keep warm”. Dalam 10 minit – 15 minit cenggitu, bergantung jugak kepada berapa banyak pulut kita masak.
Bila pulut dah masak / button keep warm yeaahh masa itu uols letakan gula dan gaul-gaulkan rata. Kemudianya tutupkan sekejap periuk rice cooker kite tu semula, tapi tak payah lama sangat. Tujuan letak gula itu nanti cantik elok je pulut kite berkilat gojess hihihi . Anddd, pulut anda sudah siap & boleh di makan dengan bahagianyaaaaa.
InsyaAllah, kalau korang masak pulut mengunakan kaedah ini walaupun pulut tidak di rendam dahulu. Tetapi, pulut akan masak elok, tidak kembang dan tesktur pulutnya cantik dan sangat-sangat menjimat masa.
Setengah orang suka jugak kan masak pulut di dalam rice cooker kalau nak cepat, tetapi yg versi kene sukat air tu kan, kalau tak pandai nak agak sukatan kuantiti air memang pulut akan kembang hihihi :’).
Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat dan selamatt mencuba guys ⚘.
Pucuk ubi memang enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal, gado-gado ataupun dinikmati bersama sambal belacan dan budu. Tapi pernah tak jadi bila anda celur, daun pucuk ubi akan bertukar warna coklat dan pucat? Nampak tak menarik!
Menerusi saudari Erra Fazira Mahdi, beliau berkongsi petua dari ibu tercinta; Puan Jamaiah Binti Aini untuk hasilkan pucuk ubi rebus yang kekal hijau dan nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA REBUS PUCUK UBI AGAR KEKAL HIJAU & NAMPAK SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi – dibersihkan
1 sudu teh soda bikarbonat
Air secukupnya
CARA-CARA:
Sediakan air rebusan dan masukkan daun ubi.
Kemudian masukkan soda bikarbonat. Tunggu hingga daun lembut.
Angkat dan toskan. Selain pucuk ubi, cara ini juga boleh digunakan untuk mencelur sayur-sayuran yang lain juga.
Sudip kayu antara peralatan memasak yang akan ada di dapur kita. Ada yang bertaraf ‘legend’ kerana sudah lama digunakan.
Biasanya sudip kayu yang lama ini mesti akan ada kesan kotoran akan melekat di bahagian hujungnya. Kalau cuci dengan sabun biasa memang tak tanggal.
Sebelum ini pernah viral cara untuk membersihkannya adalah dengan merendam alatan memasak ini dengan air panas. Tapi rupanya cara itu pun kurang sesuai. Teknik rendaman boleh membuatkan kayu cepat reput, patah atau rosak.
Sebenarnya, terdapat satu kaedah yang boleh digunakan untuk menjaga senduk kayu ini iaitu dengan menggunakan minyak, sama ada minyak zaitun atau minyak kelapa. Tip ini dikongsi oleh Awang Dapur.
Cara-cara
1. Basuh senduk atau sudip seperti biasa kemudian biarkan senduk kayu kering terlebih dahulu.
2. Kemudian tuang minyak zaitun pada sudip dan lap keseluruh bahagian menggunakan tisu kering.
3. Biarkan selama empat hingga 12 jam sehingga kering.
4. Lap lebihan minyak yang terdapat pada senduk menggunakan tisu kering.
Sebagaimana dinyatakan, teknik ini boleh dilakukan sekali setiap tiga atau enam bulan untuk mendapatkan semula warna senduk yang asal.
Selain senduk, sudu atau papan pemotong jenis kayu juga boleh dicuci menggunakan cara sama.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!