Kalau Tak Pedas Makan Tak Lalu! 6 Resipi Sambal Buat Pencetus Selera..

Share

Kata orang kalau tidak pedas, makan tidak berselera. Kerana itulah sambal sering menjadi menu tetap tidak kiralah hidangan makan tengahari ataupun malam. Untuk anda yang menjadi sambal sebagai wajib ada di meja makan, berikut enam resipi sambal yang boleh dicuba dan mudah disediakan

 

1. SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | lebih kurang 4-5 ekor dan bersihkan
  • 1biji bawang besar | hiris bulat
  • Bahan Kisar:
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • ½ sudu makan sos tomato
  • ½ sudu makan sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air, celur sotong seketika, angkat dan toskannya.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, tomato, hirisan bawang besar, garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan sotong, gaul rata.
  5. Selepas dua minit, tutup api dan hidangkan.

 

INFO CHEF: Jika anda suka sotong juga boleh dihiris bulat.

….

 

2. SAMBAL AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam, potong sederhana
  • 2 batang serai |titik
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:

  • 15 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

 

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan sebahagian minyak, tinggal sedikit untuk menumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Masukkan ayam, dan gaul rata sehingga sekata sebelum diangkat dan dihidangkan.

 

INFO CHEF:

Ayam sambal enak dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.

….

 

 

SAMBAL TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur puyuh |rebus dan buang kulit
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • Bahan Kisar:
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • batang serai |titik

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan  bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula dan perasa secukupnya.
  3. Masukkan telur, gaul  rata bebepa minit.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Sambal telur puyuh boleh dijadikan hidangan sampingan untuk lontong atau nasi.

….

 

 

4. SAMBAL BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 biji bawang besar | hiris

Bahan Kisar:

  • 12 biji cili padi
  • 4biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Sedikit belacan | jika suka
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan hirisan bawang besar, kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Tumis sehingga pecah minyak, masukkan ikan bilis goreng tadi bersama air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kecilkan api, terus kacau sehingga sambal pecah minyak dan garing,
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Boleh juga tukar cili dengan cili kering, ikut cita rasa anda.

 

 

5. SAMBAL BELACAN TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • Sedikit belacan bakar
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 ½  biji tomato | potong dadu
  • Sedikit garam dan  gula |sebagai penambah rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk cili merah, cilik padi dan belacan hingga lumat.
  2. Masukkan tomato yang telah dirembus, lenyekkan sehingga sebati dengan cili dan belacan.
  3. Masukkan tomato yang dipotong dadu bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul sebati, kemudian boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.

 

INFO CHEF:

Jika tidak mahu menggunakan tomato boleh tukar dengan belimbing buluh.

….

 

 

6. IKAN TERUBUK MASIN GORENG BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 potong ikan masin terubuk
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 1 ulas bawang putih |titik
  • 1 biji tomato |dadu kecil
  • 4 tangkai cili kering |potong kecil
  • 1  sudu kecil jus limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tutup api dan masukkan hirisan tomato. Gaul rata dan tuang atas ikan goreng.

 

INFO CHEF:

Selain ikan terubuk, boleh tukar dengan ikan tenggiri jeruk.

….

 

PENYELARAS: NORASIDA MOHAMAD YASIN

FOTO: UNIT FOTO KARANGKRAF

 

Published by
Mastura Abu Kassim