Makan

Kalau Tanam Aloe Vera Boleh Olah Jadi Jeli. Masuk Dalam Minuman Banyak Khasiatnya

Share

Bagi yang menanam pokok aloe vera, elok sangat memanfaatkannya. Boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali untuk mengolah aloe vera ini menjadi jeli yang boleh digunakan dalam minuman.

Jeli dari aloe vera ini enak dimasukkan dalam minuman. Ia juga sangat berkhasiat terutama untuk kecantikan kulit. Seperti yang diketahui aloe vera boleh merangsang penghasilan kolagen sekali gus membantu kulit jadi lebih anjal dan muda.

Cara olah pokok aloe vera jadi jeli

1. Basuh sehingga bersih pelepah aloe vera (jangan guna pokok aloe vera berbintik kecil, yang ini tak boleh dimakan).

 

2. Kerat jadi beberapa bahagian. Buang duri di kiri dan kanan pelepah.

 

3. Pelepah aloe vera tadi direndam dalam air garam. Ia bertujuan utk membuang getahnya yang berwarna kuning. Biarkan dalam beberapa minit.

 

5. Sediakan air garam dan air kapur sirih. Selepas potong dadu isinya terus rendam dlm air tersebut.Tujuannya untuk singkir lendir dan getah aloe vera.

 

6. Setelah siap potong dadu, basuh dengan air bersih. Rendam sekali lagi dalam air garam sahaja. Biarkan selama beberapa minit.

 

7. Kemudian basuh lagi dan rebus sekejap dalam air yang telah dididihkan dahulu. Angkat tos.

 

Inilah rupanya isi aloe vera yang telah siap direbus. Sedia untuk dicampurkan dalam minuman kegemaran anda.

 

Selamat mencuba.

Sumber: Ibrisam Wossali

 

Published by
Rose