Hampir setiap rumah kita ada tong gas untuk kegunaan memasak tapi tahukah apa yang perlu dilakukan bila satu rumah berbau gas akibat tong gas bocor?
Dalam perkongsian di media sosial netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan.
Bayangkan perkara ini, pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran, seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.
Lelaki itu pergi ke dapur untuk mencari bau yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu, dan akibatnya dapur meletup.
Pelajaran yang diperoleh dari cerita di atas adalah;
1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.
2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
3. Juga jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik. Hanya perlu buka tingkap.
Kongsikan untuk manfaat dan keselamatan semua.
Sumber: Abu Gen