Siapa yang teringin sesuatu yang pedas dan juicy? Jika korang peminat kambing bakar, Kambing Bakar Kontena (KBK) menjadi pilihan terbaik. Pasti tak akan menyesal kalau ke sini.

Nak datang ke sini waze saja KBK, korang akan dibawa ke lokasinya yang terletak di Setia Alam.Siapa kata menu kambing saja yang ada? Macam-macam menu ada,rambang mata nak memilih. Menu dekat KBK bukan biase-biase tau. Dah rasa , confirm puas hati.

Menurut pemiliknya Ihtifazuddin Ariff Samsudin, KBK bermula dengan perniagaan atas talian. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, maka perniagaan restoran beroperasi.

Menu pelbagai
Masa untuk menghilangkan tekanan korang dengan makanan yang lazat. Tengok pun dah craving gilakan?
Aroma kambing bakar memukau sebelum memasuki restoran. KBK terkenal dengan kambing bakar, ayam penyet cheese, baldi ais gergasi dan banyak lagi.
Istimewanya kambing bakar di sini ialah diperap dengan baik, lembut dan juicy serta gabungan sos yang enak. Harga juga sangat berpatutan.

IKLAN

Jadi boleh pilih suka yang pedas atau yang manis?Sekiranya pedas, pilih sos lada hitam (RM 14.90). Sos buatan sendiri ini mempunyai konsistensi yang tepat dan kepanasan yang tepat untuk membakar kambing bakar. Untuk pilihan yang lebih manis, dapatkan kuah madu (RM 16.90). Rasanya cukup enak dan sedap. Semua set dilengkapi dengan nasi dan sup.

Nasi Sotong Gergasi (RM 14.90) adalah HUMONGOUS. Saiznya lebih besar daripada sotong yang biasa kita lihat atau makan. Ia dilapisi dengan adunan rahsia mereka dan kemudian digoreng. Pada setiap gigitan lembut, lapisan luarnya rangup, memang layan habis.

IKLAN

Keistimewaan lain ialah Ayam Penyet Cheese (RM12.90). Diisi dengan banyak keju mozzarella cair pada ayam goreng, sukar bagi kami untuk menjauhkan diri dari hidangan ini! Bukan hanya cheesy tapi so rangup! Dan sambal penyet KBK memang terbaik.

IKLAN

Selain menu ini, anda juga boleh mencuba menu lain dan dessert yang padu. Antara yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Air Asam,Sup Kambing,Nasi Kerabu berlauk ,Ice Bucket Kontena boleh dikongsi tiga hingga empat orang dan Mangga Rock / Naga Rock ( ice blended buah-buahan dengan ais krim).

Jadi bolehlah bawa keluarga datang menjamu selera di sini.

KAMBING BAKAR KONTENA
Lokasi: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Operasi:
Selasa – Ahad 1100am – 11pm
Isnin – Tutup
Tempahan dan pertanyaan:
017-964 8870
03-3358 7917
Facebook: Kambing Bakar Kontena